PRN Sarawak: PKR mahu fokus menang, tak hirau bertindih kerusi

PRN Sarawak: PKR mahu fokus menang, tak hirau bertindih kerusi

Sidang media PKR hari ini yang sepatutnya menjawab isu pertindihan kerusi PKR dengan DAP dilihat masih gagal menjawab kontroversi menyelubungi Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, 7 Mei ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sidang media PKR hari ini yang sepatutnya menjawab isu pertindihan kerusi PKR dengan DAP dilihat masih gagal menjawab kontroversi menyelubungi Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, 7 Mei ini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, partinya hanya mahu terus melangkah maju dengan memberi fokus untuk menumbangkan BN di negeri terbesar di Malaysia itu tanpa mahu digugat dengan isu pertindihan kerusi dengan rakan gabungan dalam Pakatan Harapan.

Pengarah Pilihan Raya PKR itu dilihat yakin pertembungan kerusi dengan DAP tidak akan menjejaskan hubungan mereka dalam Pakatan Harapan.

“Saya benar-benar gembira kerana kita terus berkongsi hubungan dengan DAP. Kita memberi fokus pada calon bertanding yang menentang BN,” katanya di ibu pejabat PKR, hari ini.

Penglibatan PKR dalam PRN Sarawak, tambahnya, bertitik tolak daripada satu matlamat utama untuk menentukan hala reformasi di negeri itu.

“Kita cukup bertuah kerana diberi peluang untuk meletakkan asas bagi reformasi dalam PRN 2011 lalu di Ba’Kelalan, Krian dan Batu Lintang,” jelasnya lagi.

Enam kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang menjadi rebutan PKR dan DAP itu adalah di N19 Mambong, N32 Simanggang dan N49 Ngamek termasuk tiga kerusi baharu di N13 Batu Kitang, N66 Murum dan N78 Mulu.

Kelmarin, Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar bertegas untuk kekal bertanding di kesemua kerusi bertindih terbabit.

Calon PKR, Voon Shiak Ni bagi Dun Batu Kitang, ujarnya lagi, telah bekerja sehingga 15 tahun dan lebih dikenali berbanding calon dari parti lain.

Pada PRN yang membabitkan keseluruhan 82 Dun kali ini, PKR meletakkan calon di 40 kerusi manakala DAP bertanding di 31 kerusi Dun.

TAGS