Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PRN12: AMANAH Sarawak fokus bina kekuatan ahli parti

PRN12: AMANAH Sarawak fokus bina kekuatan ahli parti

Oleh MAHDAR BUJANGFebruary 1, 2020 2:49 pm




Parti AMANAH Negara Negeri Sarawak akan memfokuskan agenda membina kekuatan parti di kalangan ahli-ahlinya bagi menghadapi Plihahan Raya Negeri (PRN)Ke-12 Sarawak akan datang.

Pengerusinya, Abang Halil Naili berkata, membina kekuatan adalah sangat penting kerana ia memerlukan sokongan tanpa berbelah bahagi daripada setiap ahli-ahli parti khususnya dalam mendekati penyokong dan pengundi kawasan masing-masing.

Justeru, beliau menegaskan agar kekukuhan ahli-ahli di peringkat kawasan, cawangan dan negeri memfokuskan agenda kekuatan parti yang harus dimantapkan sebagai senjata ampuh dalam PRN12 nanti.

“Inilah yang kita harapkan kepada ahli-ahli AMANAH Sarawak supaya bersama-sama mengumpulkan kekuatan yang ada ini untuk terus diperkukuhkan.

“Jika kita gagal bersatu dalam memperjuangkan misi dan visi parti, maka kekuatan kita semua akan hilang sekali gus gagal dalam perjuangan untuk membawa rakyat bersama-sama mencorak negeri ini ke arah lebih baik,” ujarnya.

Abang Halil berkata demikian semasa berucap pada majlis Program Bermukim di Pejabat AMANAH Sarawak di Kuching hari ini.

Seramai 70 ahli terdiri daripada wakil 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang bakal ditandingi AMANAH Sarawak hadir pada program sehari itu.

Turut hadir ialah Setiausaha Organisasi AMANAH Nasional, Abang Kerdee Abang Masagus, Timbalan Pengerusi, Hud Andri Zulkarnaen serta pimpinan negeri termasuk Pemuda dan AWAN Sarawak.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan keyakinan AMANAH Sarawak mampu memberi saingan sengit kepada mana-mana parti terutamanya parti pemerintah di negeri ini iaitu Gabungan Parti Sarawak(GPS) nanti.

Jelasnya lagi, selain membina kekuatan, AMANAH Sarawak turut memperkemaskan data-data pengundi di kalangan ahli-ahli parti di Sarawak dalam masa terdekat ini.

“In shaa Allah…semoga hari ini kita akan dapat bersama-sama membina satu kekuatan yang mampu menumbangkan pihak lawan pada PRN12 kelak, ” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production