Malaysia Dateline

PRN12: AMANAH Sarawak mampu lakukan kejutan

AMANAH Sarawak mampu melakukan kejutan dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Piilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini.

Pengerusinya, Abang Halil Abang Naili berkata, keyakinan itu berdasarkan calon yang bakal diketengahkan adalah terdiri daripada kalangan anak muda tempatan di kawasan yang ditandingi.

Malah, jelas beliau calon terbabit turut memiliki kredibiliti di kawasan berkenaan serta mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan penduduk setempat.

“In shaa Allah…kita yakin pada PRN Sarawak kali ini AMANAH berupaya dan mampu melakukan kejutan memenangi kerusi yang dipertandingkan.

‘Walapun hanya bertanding di sembilan kerusi nanti, namun kekuatan AMANAH Sarawak tetap terserlah di negeri ini.

“Apatah lagi, kali ini kita akan menampilkan beberapa muka calon muda yang dikui memiliki kredilibitinya tersendiri,’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama jentera AMANAH Demak Laut di Kuching, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Tinbalan Pengerusinya, Hud Andri Zulkarmaen, Seriausaha AMANAH Sarawak, Fadillah Sabali serta Ahli Jawatankuasa AMANAH Cawangan Demak Laut.

Menyentuh persiapan bagi menghadapi PRN12, Abang Halil menegaskan pihaknya telah pun bersedia dengan gerak kerja oleh ahli jawatankuasa yang dibentuk di kawasan masing-masing.

Tambahnya, beberapa program kebajikan tetap diteruskan di semua cawangan dan kawasan dalam berskala kecil memandangkan situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak.

“Alhamdulilah…kita tetap melaksanakan program menyantuni penduduk dan rakyat walaupun hanya brrskala kecil.

“Dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan di kalangan pengundi dan massyarakat setempat,” ujar beliau.

Pada PRN12 nanti, AMANAH Sarawak akan bertanding di sembilan kerusi DUN iaitu Samariang, Demak Laut, Muara Tuang, Gedong, Sebuyau, Kabong, Semop, Kuala Rajang dan Jemoreng.