Malaysia Dateline

PRN12: AMANAH Sarawak terus pergiatkan program

Usaha mengukuhkan jentera parti dan program mendekati rakyat akan menjadi tumpuan utama Parti AMANAH Negeri Sarawak.

Berikutan itu, Pengerusinya Abang Halil Abang Naili mahu supaya setiap cawangan dan kawasan bergerak selari dengan beberapa kluster yang ditubuh dipihak negeri.

Beliau berkata, sebenarnya Kerajaan Persekutuan telah banyak menyediakan inisiatif kepada rakyat seperti golongan B40 dan sebagainya, tetapi tidak diketahui oleh kumpulan sasaran.

“Untuk itu, semua ahli Amanah akan menjadi penghubung kepada rakyat di kawasan masing-masing bagi menyampaikan maklumat berkaitan inisiatif kerajaan tersebut, ” tegas beliau semasa menghadiri perjumpaan bersama ahli-ahli AMANAH Cawangan Sadong Jaya dan Gedong di Simunjan hari ini.

Pada perjumpaan itu, seramai 45 ahli dari AMANAH Cawangan Sadong Jaya dan Gedong telah hadir.

Turut sama ialah Timbalan Pengerusi, Hud Andri Zulkarnaen dan Setiausaha, Fadillah Sabali.

Dalam perjumpaan tersebut, ahli-ahli bertanyakan status penubuhan Majlis Pengerusi Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) di samping pendaftaran Komuniti Harapan Malaysia (KHM) dan badan bukan kerajaan lain (NGO).

Pada masa sama, beliau berharap agar ahli-ahli dapat memberi kerjasama dalam memberi idea dan cadangan untuk memperkuatkan lagi parti di peringkat kawasan dan cawangan.

Sementara itu, Fadillah turut menerangan secara umum berkaitan organinasi dan keahlian AMANAH di negeri ini.

Beliau berkata, kepimpinan negeri kini beruasaha dalam proses pendaftaran ahli-ahli di seluruh Sarawak.

Jelasnya lagi, penambahan ahli-ahli dan penubuhan kawasan serta cawangan hanya diketahui selepas diluluskan pendaftaran dalam masa terdekat ini.

“In shaa Allah…kami di peringkat kepimpinan negeri sedang berusaha keras bagi membuat proses pendaftaran ahli-ahli dari semasa ke semasa,” ujanya.