Malaysia Dateline

PRN12: PH Sarawak guna simbol parti masing-masing

Pakatan Harapan (PH) Sarawak mengesahkan untuk menggunakan simbol parti masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-Sarawak pada 18 Disember depan.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng berkata , selain mengesahkan menggunakan simbol parti masing-masing, beliau turut memaklumkan bahawa PH Sarawak akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Hal calon kita serahkan kepada parti masing-masing iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Malah, semua calon akan bertanding menggunakan simbol parti masing-masing, ” ujarnya di Kuching hari ini.

Mengenai agihan kerusi, Chong menjelaskan perkara itu telah pun diumumkan pada awal tahun ini dengan PKR bertanding di 47 kerusi, DAP (26) dan AMANAH sembilan kerusi.

“PKR akan bertanding di DUN Opar, Tanjung Datu, Pantai Damai, Tupong, Satok, Batu Lintang, Asajaya, Serembu, Tarat, Tebedu, Sadong Jaya, Simunjan, Lingga, Beting Maro, Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili dan Batang Ai.

“Kerusi lain yang ditandingi PKR termasuk Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Daro, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Nangka, Dalat, Tellian, Balingian, Tamin, Kakus, Katibas, Belaga, Murum, Jepak, Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Batu Danau, Ba’ Kelalan dan Bukit Sari.” tegasnya.

Bagi DAP pula, tambahnya ialah Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kitang, Batu Kawah, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Bukit Goram, Baleh, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut dan Senadin.

“Manakala untuk kerusi AMANAH ialah Demak Laut, Samariang, Muara Tuang, Gedong, Sebuyau, Kabong, Kuala Rajang, Semop dan Jemoreng akan ditandingi AMANAH,” kata beliau.