Malaysia Dateline

PRN12: PKR Baram tampilkan calon muka baharu

Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Baram bakal menampilkan calon-calon muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 akan datang.

Menurut Pengerusi PKR Baram, Roland Engan, dua calon baharu bakal dipertaruhkan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Baram.

Katanya, Parlimen Baram mempunyai tiga kerusi DUN iaitu Marudi, Telang Usan dan Mulu.

“Elias Lipi akan bertanding di Marudi, Philip Jau di Telang Usan manakala di Mulu mungkin saya atau Ketua Penerangan PKR Baram, Boyce Ngau.

“Mereka bertiga merupakan muka baharu dan belum pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya,” ujar beliau.

Roland menjelaskan, keputusan berkenaan dibuat selepas PKR tewas di ketiga-tiga kerusi DUN itu pada PRN11 2016 lalu.

Pada PRN12 2016, Elia Bit tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Penguang Manggil manakala Roland Engan kalah kepada calon BN, Dennis Ngau walaupun dengan majoriti tipis sebanyak 167 undi.

Manakala di DUN Mulu, bekas Timbalan Pengerusi PKR Baram, Pauls Baya tewas kepada calon BN, Gerawat Gala.

Ketiga-tiga ADUN BN itu kini merupakan ADUN Gabungan Parti Sarawak (GPS).