Malaysia Dateline

PRN12 Sarawak: SPR sasar 70 peratus keluar mengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.P

Untuk itu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR akan melaksanakan ‘Jom Kita Undi’ bagi menggalakkan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi 18 Disember ini.

“In shaa Allah…kita menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi nanti.Orang Sarawak ini baik-baik dan bersedia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,” ujar beliau di Kuching semalam.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 64 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibenarkan berkempen secara fizikal sepanjang tempoh berkempen PRN12 yang ditentukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Ini kerana, pemilihan 64 kawasan DUN ini ditentukan oleh SKMM yang berpandangan kawasan berkenaan mempunyai kadar liputan 4G yang rendah,” tambahnya