Malaysia Dateline

Produksi pakat kumpul saham dosa, ramai pelajar sekolah gilakan drama Melayu babak ‘soft porn’

Rata-rata warganet mengecam produksi drama bersiri yang ditayangkan di sebuah stesen televisyen (TV) swasta termasuk menyifatkan tenaga penerbitan terbabit sebagai pakat kumpul saham dosa.

Ada turut berpendapat babak ‘soft porn’ seperti heroin mengajak gandingan hero yang memegang watak suami itu untuk mandi bersama-sama turut menjadi kegilaan ramai pelajar sekolah.

“Remaja suka tengok sebab acah sweet. Drama ni try hard sangat, cerita dia nak soft porn. Baguslah team produksi pakat kumpul saham dosa, ya,” sindir Atiqa Natasha.

Sementara itu, Ad Din berkata, “Drama ni memang banyak selit unsur lucah” manakala Yusdi Awang pula menempelak, “Drama sampah, skrip sampah!”.

Sikap tanpa rasa bersalah pihak penerbitan drama itu juga dipersoal memandangkan babak seperti menggoda suami dalam drama bersiri itu ketara berbaur lucah.

“Memang pun cerita ni sekali aku tengok part dia goda laki dia dalam bilik tidur tu. Adehh, jem otak aku. Macam mana drama begitu boleh release tanpa rasa bersalah sedikit pun?” soal Zulaiha Nurha.

Bagi Fathihah Aqilah, babak-babak cinta dalam drama TV tidak salah asalkan jangan melampaui batas seperti watak isteri yang mengajak suami untuk berasmara.

“Memang senang orang kata “elakkan bagi anak tengok TV”. Kita hidup sekarang zaman serba teknologi nak halang memang susah, lagi pula selepas berita, memang drama saja, mana budak tak melekat depan TV,” ujarnya.

Dakwaan Zara Muhamad bagaimana pelajar sekolah turut meminati drama yang dibintangi pasangan pelakon awal berusia 20-an itu juga membimbangkan.

“Tengok di TikTok. Hampir berjuta budak-budak sekolah dok “gilakan” drama ni. Nauzubillah. Takut tengok,” katanya.

Kebimbangan sama dibangkitkan oleh Mas Ayu apabila menyifatkan rendah sungguh akhlak dan maruah orang Melayu Islam.

“Memalukan dan jijik untuk ditonton,” tegasnya.

Dalam masa sama, ada juga berpendapat gejala drama dengan babak ‘soft porn’ itu muncul lantaran sikap masyarakat kita sendiri.

“Ini salah kita juga. Sepatutnya, boikot terus drama atau filem yang berunsurkan macam ni. Bila tiada viewing pihak TV tak akan beli dan siar cerita sampah macam ni lagi. ‘Kan mudah,” kata Affin Azely.

Baca juga Drama aksi lucah bakal siar bulan Ramadan terus dikecam, Menteri Agama hela nafas panjang

Baca juga Cari kerja malas, rogol pula anak kandung