Kompleks Rumah Ibadat Keluarga Ibrahim yang memuatkan tempat ibadat Islam, Kristian dan Yahudi telah dibina di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kewujudan kompleks ini yang sekaligus mencipta rekod pembinaan rumah ibadat Yahudi pertama
di UAE susulan kunjungan Pope Francis ke negara di tenggara Semenanjung Arab itu tiga tahun lalu.
Malah, kedatangan Pope Francis berkenaan pada Februari 2019 adalah kunjungan pertama ketua agama Kristian Katolik dunia itu ke Semenanjung Arab.
Dalam projek mega yang dibangunkan di Pulau Saadiyat itu, berdirinya Masjid Imam Al-Tayeb, St. Gereja Francis dan Sinagoga Musa Ben Maimon.
Ikuti pandangan PROFESOR DR MAT ROFA ISMAIL mengenai Kompleks Rumah Ibadat Keluarga Ibrahim yang kontroversi ini:
Sepanjang sejarah, mereka memerangi kita ribuan tahun. Tiba-tiba sekarang mereka mengajak kita bersatu, berdamai dengan mengadakan satu agama dunia.
Mereka mengajak kita bersama-sama membentuk agama baru Nabi Ibrahim. Dia kata Kristian daripada Nabi Ibrahim, Yahudi daripada Nabi Ibrahim, Islam daripada Nabi Ibrahim.
Mereka menamakan agama baru ini sebagai Chrislam iaitu agama Kristian Islam atau pun ‘Abraham Accord’. Inilah mereka lakukan sekarang.
Mengapakah mereka lakukan ini? Sebabnya, Islam tidak boleh dikalahkan lagi. Umat Islam bertambah dengan banyaknya di Eropah.
Jadi, mereka menggunakan cara yang baru. Plan A bunuh secara paksa, plan B bunuh secara psikologi. Mereka mengambil Plan B iaitu berbaik membentuk agama baru dengan 16 Januari sebagai tarikh menyambut Hari Agama Sedunia.
Agama baru Nabi Ibrahim nampak cantik tetapi sebenarnya untuk memesongkan Islam. Mereka tidak akan redha terhadap kita.
Sebenarnya, di belakang ialah Yahudi. Yahudi yang memulakan perkara ini sebab mereka melihat Islam tidak boleh dikalahkan.
Setiap kali mereka membunuh umat Islam di Gaza, walaupun umat Islam di Gaza merupakan kumpulan yang kecil dengan senjata yang sedikit, mereka bangun. Perjuangan mereka tidak dapat dikalahkan.
Mereka sekarang telah membina sebuah kota agama, Abrahamic Family House di Abu Dhabi sebagai tempat ibadat Islam, Kristian dan Yahudi.