Malaysia Dateline

Program B40 di Parlimen Batang Sadong mengalakkan

Seramai 700 orang penduduk hadir pada Program Saringan B40 yang diadakan di Parlimen Batang Sadong baru-baru ini.
Program tersebut adalah anjuran Cabang Parti Keadlian Rakyat (PKR) Batang Sadong.

Menurut Ketua Cabangnya, Piee Ling, program berkenaan merupakan anjuran bersama Persatuan Kebajikan Batang Sadong, Wanita Dinamik Batang Sadong, Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Pusat Khidmat Batang Sadong.

Katanya, sambutan yang diterima daripada kalangan penduduk dan masyarakat di sekitar Parlimen Batang Sadong adalah menggalakkan.

“Sebenarnya kita tidak menjangkakan kehadiran begitu ramai penduduk setempat yang berminat hadir pada program ini, ” jelasnya.

Beliau memberitahu, empat lokasi telah dipilih untuk program itu khususnya penduduk yang tinggal brdekatan di sekitar Klinik Kesihatan Jemukan, Semera, Sadong Jaya dan termasuk di Hospital Simunjan.

“Pada program ini, kita telah memberi penerangan kepada orang ramai yang hadir tentang Peka B40 sekali gus melayakkan para peserta mendapat manfaat yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH), ” katanya.

Antara insentif Peka B40 ialah saringan kesihatan percuma, bantuan membeli alat perubatan sehingga RM20 ribu, tuntutan perjalanan ke hospital sehingga satu ribu dan turut mendapat sebanyak satu ribu bagi menghabiskan tempoh rawatan.