Malaysia Dateline

Program ‘Back to School’ UiTM P. Pinang bantu 53 pelajar

UiTM bukan sahaja sebagai sebuah institusi pendidikan, malah ia turut berperanan menjaga kepentingan semua pihak samada dalam maupun luar kampus.

Sejajar dengan itu inisiatif telah diambil bagi meringankan beban segolongan masyarakat termasuk staf pelaksana dengan menyumbangkan beg sekolah kepada 53 pelajar.

Menurut Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Pulau Pinang, Prof Madya Ir.Dr Ahmad Rashidy Razali ketika ditemui, program yang dianjurkan adalah bagi membantu staf pelaksana seramai 33 orang dan anak-anak mereka yang bersekolah rendah seramai 53 orang.

Sehubungan itu ujarnya, bantuan dalam bentuk alatulis dan juga beg sekolah diberikan bagi meringankan beban keluarga menjelang sesi persekolahan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Ia juga adalah bagi memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan dikalangan ahli kesatuan serta membentuk diri individu maupun kumpulan supaya mempunyai ketahanan fizikal dan mental.

“Selain itu apa yang dilaksanakan jua untuk meningkatkan motivasi dan semangat kerja berpasukan, meengeratkan hubungan silaturrahim serta membantu meringankan beban dalam menghadapi kos perbelanjaan persekolahan pada tahun hadapan.

“Oleh kerana itu program anjuran bersama KKUUiTM dan Urus Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM Pulau Pinang adalah bagi membantu meringankan beban yang telah menjadi rutin demi memberi pembelaan terhadap mereka yang memerlukan, ” tambah beliau.