Malaysia Dateline

Program Gunting Rambut Percuma Sejak 20 Tahun Lalu di Bandar Jerteh

Menjelang sesi persekolahan baharu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih menganjurkan program khidmat masyarakat kepada komuniti yang dimulakan sejak 1998.

Program Gunting Rambut Percuma kepada pelajar sekolah itu bagi meringan beban keluarga yang berpendapatan rendah sempena pembukaan sekolah pada awal tahun.

Seramai enam tukang gunting rambut profesional daripada pelbagai kaum menggunting lebih 100 kanak-kanak dari sekitar Besut bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Menurut Pengerusi KRT Bandar Jertih, Mohamed Ishak, program itu akan diteruskan kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai kaum di Bandar Jertih.

Yang menariknya, ibu bapa yang menghantar anak juga diberikan peluang khidmat gunting rambut percuma.