Program [email protected] Lumpur 2019 meriah, satukan masyarakat dunia

Program Iftar@Kuala Lumpur 2019 meriah, satukan masyarakat dunia

Pengarah Projek [email protected] 2019, Rosnan Nordin

Hujan renyai sebelum waktu berbuka puasa tidak menjadi penghalang kepada orang ramai termasuk pelancong untuk turut sama berbuka puasa di Jalan Raja, iaitu di hadapan Bangunan Panggung Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama DBKL serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu, bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan selain memupuk sikap prihatin sesama insan melalui amalan kebajikan.

Pengarah Projek [email protected] Lumpur 2019, Rosnan Nordin berkata, lokasi berbuka puasa yang strategik iaitu berdekatan tapak bazar Ramadan Jalan Raja, antara faktor program ini mendapat sambutan menggalakan daripada pengunjung dalam dan luar negara.

Pelajar tahfiz berbuka puasa bersama-sama di Jalan Raja.

“Kalau dari pandangan luar, saya boleh anggarkan hari ini lebih 10,000 pengunjung hadir di sini, kerana di Jalan Raja, padang Dataran Merdeka dan juga di sekitar Food Truck merupakan kawasan program [email protected] 2019.

“Pengunjung datang ke sini untuk pergi ke bazar Ramadan dan semestinya mereka memerlukan satu kawasan yang strategik untuk berbuka puasa.. sebab itu kami adakan program ini di sekitar kawasan Dataran Merdeka,” katanya ketika ditemui Malaysia Dateline pada program itu, semalam.

Pengunjung tempatan, Mohamad Husni Haris, 23, berpendapat berbuka puasa secara beramai-ramai ini adalah satu program yang bagus dan boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia.

Eko Nughoro

“Saya berasa teruja kerana kita bukan sahaja berbuka puasa sesama masyarakat Islam, malah pelancong asing yang beragama lain turut sama menyertai kami…keadaan sangat harmoni,” katanya.

Pelancong dari Jakarta Indonesia, Eko Nugroho, 30, pula berkata, dirinya berasa bertuah kerana tidak menyangka dapat peluang berbuka puasa beramai-ramai di Malaysia.

“Saya datang ke sini (Kuala Lumpur) untuk bercuti bersama keluarga…saya memang merancang untuk pergi ke bazar Ramadan di sini (Jalan Raja) dan kebetulan saya dan isteri ternampak ada petugas membentang tikar panjang untuk majlis berbuka puasa,” katanya.

Max Muller

Pelancong dari Jerman, Max Muller, 28, ketika ditemui pula berpendapat, makanan yang diberikan secara percuma ketika waktu berbuka puasa sangat sedap dan ia merupakan menu baharu buat dirinya.

“Perasaan saya sangat gembira kerana bukan sahaja mendapat makanan dan minuman yang sedap secara percuma, malah saya dapat satu pengalaman baharu iaitu berbuka puasa bersama masyarakat Islam yang sememangnya sangat peramah,” katanya ketika ditemui.