Malaysia Dateline

Program Jelajah BERSATU Sarawak mendapat sambutan

Program Jelajah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak terus mendapat sambutan di kalangan rakyat di negeri ini.

Pengerusi BERSATU Sarawak, Jaziri Alkaf Suffian berkata, sambutan program yang diadakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Jelasnya, ramai penduduk dan masyarakat setempat hadir memberikan sokongan sepanjang program diadakan itu.

“Saya amat terharu dengan sambutan para penduduk khususnya di kampung-kampung dan di rumah panjang yang begitu teruja menerima kehadiran kami.

“Ini membuktikan bahawa BERSATU telah diterima baik oleh penduduk di negeri ini walapun baru ditubuhkan setahun yang lalu,” kata beliau ketika dihubungi di Sarikei, Sarawak hari ini.

Jaziri menambah, beliau dan kepimpinan BERSATU akan terus mendekati penduduk dan masyarakat dengan mengadakan program -program kemasyarakatan.

Tambahnya, program terbaru ialah mengadakan sesi jelajah di kampung di kawasan Daerah Marudi dan Baram,Miri.

“Dalam lawatan itu, saya banyak menerima cadangan dan aduan daripada penduduk setempat terutamanya mengenai kemudahan asas dan infrastruktur yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan kawasan lain di Sarawak, ” tegasnya.

Beliau berkata, salah satu matlamat BERSATU Sarawak ialah memperjuangkan nasib penduduk di luar bandar dan pedalaman negeri ini untuk bersama-sama menikmati dasar Kemakmuran Bersama seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

“Saya yakin bahawa program yang kami laksanakan di seluruh Sarawak akan dapat menaikkan lagi semangat kepimpinan BERSATU peringkat negeri untuk terus bekerja keras bagi menghadapi Pilihan raya Negeri (PRN) ke-12 akan datang, ” ujarnya.

Caption.. Jaziri Alkaf bersama-sama penduduk dan masyarakat di Marudi dan Baram di Miri pada Program Jelajah BERSATU Sarawak baru -baru ini.