Malaysia Dateline

Program Jelajah Harapan rapatkan pengundi dengan MP Parit Buntar

Rata-rata pengundi di Dun Kuala Kurau menyambut baik kedatangan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dalam program Jelajah Harapan yang diadakan hujung minggu lalu.

Dr Mujahid ketika ditemui dalam program berkenaan berkata, program Jelajah Harapan melibatkan aktiviti walk about, ziarah pengundi dan memeriksa nama dalam daftar pengundi.

Berbual mesra sambil mendengar permasalahan penduduk tempatan.

“Kami juga mengingatkan pengundi agar menjalankan tugas mereka dalam pilihan raya umum akan datang yang semakin hampir,” ujar beliau.

Ini juga peluang untuk memperkenalkan Pakatan Harapan (PH) dan manifesto 100 hari sekiranya Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, tambah beliau.

Dr Mujahid menziarahi seorang warga emas yang terlantar uzur.

YB Yunus sebagai tuan rumah membawa konvoi masuk hampir ke seluruh kawasan Kuala Kurau sambil membawa mesej PH kepada pengundi.

“Program hari ini adalah peluang terbaik untuk kami mendekati pengundi dan pada waktu sama mendengar aduan daripada mereka,” katanya ketika ditemui di pekan Kuala Kurau.

Menikmati hidangan yang disediakan oleh salah sebuah rumah pengundi yang dikunjungi.

Hairul Nizam selaku penyelaras program Jelajah Harapan memaklumkan, beberapa rumah diberi bantuan untuk membaiki bumbung di Parit Sungai Melan dan Parit Tok Kip.

Bantuan adalah hasil aduan ketika Pusat Khidmat meninjau keadaan sebelum program pada hari berkenaan.

Dalam program satu hari ini konvoi Jelajah Harapan telah menyantuni orang ramai dalam satu majlis kenduri sebagai tetamu di Kampung Nelayan.

Konvoi singgah berehat dan solat zohor di Surau Parit Tok Kip dan sempat beramah mesra di rumah penduduk kampong yang menyediakan makanan.

Menurut Hairul Nizam, minggu depan konvoi Jelajah akan tertumpu di Dun Titi Serong selain mengadakan program edar limau sempena Tahun Baru China pada 16 Februari nanti.