Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Program Jom Makan  Durian Bank Rakyat  Wilayah Sabah,  Sarawak meriah

Program Jom Makan Durian Bank Rakyat Wilayah Sabah, Sarawak meriah

MAHDAR BUJANGFebruary 3, 2020 11:00 am




Program Makan Durian 2020 anjuran Bank Rakyat Wilayah Sabah dan Sarawak telah menerima sambutan yang meriah di Kuching semalam.

Pengarah Bank Rakyat Wilayah Sabah dan Sarawak, Shiblie Sapuan berkata, sebanyak 1,000 buah durian telah diberikan secara percuma kepada mereka yang hadir pada program tersebut.

Katanya, tujuan program itu adalah untuk menghargai orang ramai terutamanya para pelanggan mereka yang telah banyak memberi sokongan selama ini.

“Sebanyak lebih 1,000 biji durian telah disediakan bersama rambutan, langsat, dan juga sagu untuk santapan orang ramai pada program ini,” ujarnya ketika ditemui pada Program Jom Makan Durian di Kuching semalam.

Beliau menambah, kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh bank rakyat bukan sahaja terletak kepada stafnya yang agresif, bahkan juga daripada sokongan padu para pelanggan mereka.

Justeru kata Shiblie, wajarlah sebuah program komuniti seperti itu diadakan bagi menghargai jasa dan sokongan daripada pelanggan mereka.

“Saya harap program ini akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara pelanggan dan kakitangan kami untuk terus menjalankan aktiviti seperti ini pada masa akan datang,” jelasnya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Dr Noor Hisham lebih layak jadi Menteri Kesihatan ganti Adham

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Terkini

Cabaran dunia pasca Donald Trump

Biden dan Dasar Pivot Asia 2.0?

Kes baru dan kes sembuh COVID-19 catat rekod baharu

Lulus lawatan ke pejabat DAP, pensyarah UiTM dipaksa letak jawatan?

Enigma Mahathir

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production