Tidak wajar pelajar, mahasiswa diwajib hadiri program parti

Tidak wajar pelajar, mahasiswa diwajib hadiri program parti

Kehadiran wajib berbaur politik kepartian tidak sewajarnya membabitkan penyertaan pelajar dan mahasiswa di negara ini, kata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Pemudanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kehadiran wajib adalah wajar disebabkan kepentingan dan impak program tersebut untuk penglibatan pelajar semata-mata.

“Saya juga seorang pelajar yang baru sahaja meninggalkan alam persekolahan dan universiti berbanding veteran-veteran politik di Malaysia.

“Antara perkara yang saya rasa paling menjengkelkan dan meloyakan adalah kehadiran wajib untuk program yang saya tidak gemari.

“Namun, saya kesal pelajar-pelajar di Pagoh dikerahkan untuk ‘Majlis Perasmian Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri Umno BN’ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk tersebarnya sekeping surat arahan daripada Kementerian Pendidikan yang mewajibkan pelajar hadir ke program Umno di Pagoh, Johor pada 7 hingga 10 Mac lalu.

Bahkan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) turut kesal dengan tindakan pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) yang membenarkan pelajar dijadikan alat politik.

Kata Syed Saddiq lagi, perkara tersebut bukan main-main dan dianggap serius oleh Presiden Pendidik sendiri, yang mohon tindakan diambil oleh pihak yang berkaitan.

“Persoalannya, kenapa BN ingin memaksa pelajar sekolah untuk hadir ke program politik mereka. Ini jelas bukan program kerajaan negeri.

“Teruk sangat kah sokongan rakyat kepada BN sehingga terpaksa mewajibkan pelajar sekolah untuk meramaikan majlis mereka dan menyalahguna kuasa Kementerian Pendidikan sebagai alat propaganda politik kepartian mereka,” ujarnya.

Jelasnya lagi ironinya ia berbeza dengan tindakan kerajaan dan kementerian pendidikan terhadap pelajar universiti tanpa sebarang paksaan yang hadir ke program pro-pembangkang dihalang, malah tindakan disiplin diambil.

“Begitu juga pelajar-pelajar di luar negara, yang diberi larangan dan amaran tegas untuk tidak menghadiri program Bersih.

“Itu baru Bersih , belum lagi program pro-pembangkang. Malah, Datuk Seri Mahdzir Khalid sendiri menempelak guru yang menyokong Pakatan Harapan,” ujarnya.

Justeru tegasnya lagi melalui Pakatan Harapan (PH) yang komited untuk mengubah keadaan berlaku, ujarnya lagi, PH Kami tidak akan memaksa pelajar menghadiri program PH.

“Malah Pakatan Harapan juga tidak akan menghalang pelajar-pelajar untuk menyertai program pro-Barisan Nasional jika PH mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan Umno-BN kelak,” ujarnya.

Beliau merujuk kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir pembangkang  bagaimana kerajaan negeri beroperasi apabila ia melibatkan sekolah-sekolah di dua negeri itu..

“Mereka tidak menggunakan sebarang logo parti ataupun tidak berbicara sebarang topik politik. Mereka hanya hadir untuk sampaikan bantuan.

“Pakatan Harapan percaya proses menyuburkan semangat demokrasi amat penting kepada pelajar  sekolah. Malah, antara Manifesto Pakatan Harapan adalah menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun. Tetapi, ia perlu didasari dengan semangat demokrasi seperti kebebasan  pelajar untuk memilih. Memaksa mereka ponteng sekolah dan wajib hadir ke program
politik adalah tindakan anti-demokratik,” tegasnya.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0