Malaysia Dateline

Program MACE platform atlet dan bekas atlet rancang masa depan lebih terjamin

Program Malaysian Athlete Career and Education (MACE) diwujudkan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi membolehkan atlet dan bekas atlet merancang masa hadapan mereka serta mempunyai kehidupan yang lebih terjamin.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata program MACE ini mempunyai tiga teras utama iaitu pendidikan, kerjaya dan kebajikan.

Katanya menerusi teras pendidikan pihaknya sentiasa berusaha memberi peluang kepada atlet menimba ilmu supaya mereka turut berdaya saing dalam bidang akademik.

–BERNAMA