Program perkampungan sunnah di Kangar pada 16-18 Mei ini

Program perkampungan sunnah di Kangar pada 16-18 Mei ini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seramai 20 penceramah dalam dan luar negara akan dijemput menyertai program perkampungan sunnah yang diadakan ini.Program Perkampungan Sunnah, yang membicarakan intipati hadis, di Masjid Alwi Kangar dari 6 hingga 8 Mei ini dijangka dihadiri lebih 15,000 umat Islam dari dalam dan luar negara, kata Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata sebanyak 20 penceramah dalam bidang hadis dari Malaysia dan Thailand diundang untuk memberi ceramah sepanjang program tiga hari itu.

“Kami menetapkan slot ceramah yang membicarakan darjat, fiqah, kitab-kitab, tokoh-tokoh dan intipati hadis-hadis bagi memudahkan orang ramai mengikutinya,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kangar hari ini.

Program kali ke-3 anjuran kerajaan negeri dan Jabatan Mufti Perlis bertema ‘Hadis Sumber Ilmu dan Tamadun’ itu diadakan bersempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang ke-73.

Mohd Asri berkata Raja Perlis dijadual merasmikan program pada 6 Mei manakala Raja Muda Perlis dijadual merasmikan penutupan program pada 8 Mei.

Katanya program akan turut dimeriahkan dengan acara sampingan seperti dakwah jalanan, jualan pakaian dan buku agama, riadah memanah, klinik guaman, pemeriksaan kesihatan dan pameran.

TAGS