Malaysia Dateline

Program vaksin Covid-19 di Selangor termasuk pekerja asing

Ketelusan dan kecekapan dalam keseluruhan rantaian urusan program vaksinasi bagi mencegah pandemik Covid-19 perlu ditangani dengan cermat, tegas bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, program suntikan vaksin pastinya akan mengutamakan barisan hadapan dan golongan berisiko seperti warga emas dan penghidap penyakit tidak berjangkit.

Dalam konteks Selangor, kata ketua pasukan petugas menangani Covid-19 di negeri itu, keutamaan program vaksin adalah kepada mereka dalam sektor perkilangan dan pembinaan.

“Kita di Selangor tahu tentang keutamaan dalam program vaksin ini. Memandangkan Selangor menyumbang 24 peratus kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Malaysia, kita mesti pastikan sektor industri di Lembah Klang akan terus dapat beroperasi.

“Selangor akan membuat perolehan bekalan hingga lima juta dos vaksin Covid-19. Kita akan pastikan vaksin yang sesuai untuk penduduk Selangor dan warga kerja termasuk pekerja asing bagi mengelak penularan di tempat kerja.

“Kita akan beri keutamaan kepada mereka di sektor industri bagi memastikan sumbangan Selangor terhadap KDNK negara tidak terjejas,” jelasnya.

LANJUT MENYUSUL