Malaysia Dateline

Projek 2010, konon dulu dah siap 2017 sampai belanja RM6.08 bilion-‘Duit rakyat hilang kapal pun hilang’

Projek kapal Tempur Pesisir (LCS) yang bermula tahun 2010 kononya pada 2017 sudah siap sampai telan belanja RM 6.083 bilion ringgit namun hari ini dimaklumkan pula kapal pertama akan siap pada tahun 2023 pula, demikian kata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata sejak projek dimulakan sehingga kini satu daripada enam kapal LCS pun belum sampai-sampai lagi.

“Duit rakyat hilang, kapal pun hilang. Kononnya dulu dah siap tahun 2017,” kata beliau.

Projek 2010, konon dulu dah siap 2017 sampai belanja RM6.08 bilion-'Duit rakyat hilang kapal pun hilang'

“Kerajaan sebut juga “kapal pertama daripada enam LCS bernilai RM9 bilion yang dibina BN Shipyard itu akan dilepaskan buat pertama kali ke perairan hari ini”.

“Macammana boleh sebut tahun 2017 padahal tidak ada satu pun dari 6 kapal yang lebih 50% siap dibina?” soalnya lagi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Kapal pertama daripada enam lapal LCS diharap dapat disiapkan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi untuk diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Buat masa ini beliau tidak dapat memberi tempoh sebenar bagi kapal LCS untuk siap sepenuhnya kerana Kabinet memberi tempoh enam bulan kepada kementeriannya untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek pembinaan kapal berkenaan.

Hishammuddin berkata, langkah itu memerlukan libat urus dengan vendor, termasuk di Perancis serta membabitkan agensi perbankan.

“Saya boleh nyatakan dalam masa setahun dua ini, saya harap bahawa jelas kapal pertama akan dapat kita siapkan dan saya akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat kapal yang kita janjikan kepada TLDM ini.

Baca juga: Pelancaran kapal LCS belum siap kerajaan tipu Sultan Perak, Raja Permaisuri dan rakyat

Baca juga: Ingatkan puluhan ribu ringgit, rupanya gaji Arif Aiman hanya RM11,000