Malaysia Dateline

Projek air Kedah lulus 2 minggu, rakyat Kelantan puluhan tahun menunggu

Projek bekalan air di Kedah menjadi keutamaan kerajaan Pakatan Harapan demikian menurut Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran selepas timbul isu kontroversi pembalakan dan isu alam sekitar oleh Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor Sehingga Menteri Alam Sekitar pula tiba-tiba meluluskan projek RM600 juta untuk Pulau Langkawi, Kedah.

Namun bagi Pengerusi Biro Alam Sekitar AMANAH Raja Bahrin Shah rakyat Kelantan merasa seolah-olah mereka di layan seperti isteri tua Pas yang diabaikan yang tetap wala’ taat setia, sementara ‘isteri muda’ (Kedah), di beri keistimewaan layanan luar biasa.

“Rakyat Kelantan yang masih menerima hanya ‘angin’ dan air berwarna ‘teh tarik’ melalui paip air mereka selama puluhan tahun di Kelantan, masih menunggu bantuan bekalan air bersih.

“Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim, adalah ahli Parlimen mewakili kawasan di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dalam waktu ekonomi negara dan dunia menghadapi masalah besar, adalah satu pencapaian istimewa mendapat peruntukan RM600 juta untuk Kedah hanya dua minggu selepas Pas menerajui Kerajaan Kedah.

“Adakah secara kebetulan ini berlaku seminggu selepas kontroversi hasrat MB Kedah yang bercadang membayar lebih dari RM1 billion kepada tokey balak di Kedah dan juga menimbang kelulusan kawasan projek pembalakan kontroversi Ulu Muda?

“Ia melibatkan kontroversi isu alam sekitar dan bekalan air. Inilah yang menjadi tanda tanya orang ramai,” katanya.

Jelasnya, pengumuman Menteri Besar Kedah isu bayaran dan menimbang kelulusan kawasan balak dua minggu selepas dilantik menjadi MB serta komen beliau meremehkan teguran netizen mencetuskan kontroversi panas dalam kalangan rakyat.

Sementara itu katanya, rakyat Kelantan yang baru-baru ini menegur keras komen Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar, yang meremehkan aduan zaman berzaman berkenaan situasi menyedihkan air Kelantan,
“Tentu bertanya berapa lama lagi mereka harus menunggu? Puluhan tahun rakyat Kelantan setia menunggu di bawah Kerajaan Pas tetapi masalah air dan alam sekitar masih berlarutan.

“Adakah kelulusan segera projek air Kedah ini projek prioriti kepentingan politk MB dari PAS atau atas prioriti keperluan rakyat yang amat memerlukan dan lama menunggu?

“Di mana keprihatinan atas penantian serta derita rakyat Kelantan yang telah begitu lama menunggu dalam keadaan yang begitu daif\?

“Menteri Besar Kelantan dan Kedah kedua duanya dari Pas dan Menteri Alam Sekitar dan Air juga dari PAS. Mengapakah rakyat Kelantan yang begitu setia pada Pas puluhan tahun di abaikan begitu lama?

“Adakah semata-mata kerana seorang Menteri Besar Pas Kedah yang baru, lebih penting untuk “di selamatkan dari aspek kontroversi politik”nya berbanding keperluan sejuta lebih rakyat Kelantan yang begitu setia menunggu begitu lama, projek air RM600 juta Kedah ini segera di luluskan?” soal beliau.