Projek Baiti Jannati bantu keluarga miskin Dun Permatang Pasir

Projek Baiti Jannati bantu keluarga miskin Dun Permatang Pasir
Faiz bersama Mohamad Zaini dan isterinya di kediaman baru mereka di Kampung Pelet, pada Khamis.

Bagi meneruskan pembelaan terhadap rakyat yang memerlukan, apa jua kaedah dan peruntukan yang ada akan disalurkan kepada golongan terbabit tanpa mengambil kira fahaman dan ideologi poliitk, agama maupun ras mereka.

Demikian dinyatakan oleh Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil ketika meyerahkan kunci rumah baru melalui projek Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku)  dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada keluarga Mohamad Zaini Habit di Kampung Pelet, semalam.

Menurut Faiz lagi, Mohamad Zaini hanya membuat kerja kampung tanpa pendapat yang tetap.

Manakala isterinya pula adalah seorang orang kurang upaya serta menumpang di rumah adiknya kerana tidak mempunyai kediaman sendiri sebelum ini.

Melalui projek Baiti Jannati ini kata Faiz, sumbangan TNB bernilai RM50,000 juga mendapat kerjasama pihak Adun serta berjaya mengurangkan beban yang sekian lama ditanggung oleh keluarga miskin yang memerlukan khususnya golongan B40.

“Rumah merupakan keperluan dan agenda kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk kemakmuran bersama rakyat dalam negara ini.

“Kita tidak mengambil kira latar belakang dan perbezaan sebagai visi baru negara menuju Malaysia Bersih.

“Oleh kerana itu, siapa sahaja yang didapati berada dalam tahap yang seharusnya diberi bantuan dan dokongan, maka usaha kearah tersebut akan dilaksanakan dengan segera mungkin, ” tambah beliau lagi.

Malah kata Faiz lagi. kerjasama pelbagai pihak seperti TNB, MPKK, Jawatankuasa Kariah Masjid Kg Pelet, JPWK, Pejabat Daerah SPT, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Kelab Pelitawanis TNB serta juga orang perseorangan yang peduli dan prihatin terhadap

masalah yang dihadapi oleh Mohamad Zaini terbukti telah berjaya meringankan beban yang terpaksa ditanggung olehnya sejak sekian lama.

Tegas Faiz, dengan penyerahan rumah baru ini, ia akan memberi lebih keselesaan serta memperlihatkan kesungguhan kerajaan PH dalam menangani pelbagai masalah kehidupan yang ditanggung oleh golongan miskin dan memerlukan.