Projek di Melaka diteruskan jika rakyat untung

Projek di Melaka diteruskan jika rakyat untung

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari memberi jaminan projek pembangunan yang dimeterai ketika kerajaan terdahulu akan diteruskan selagi mendatangkan manfaat kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebaliknya akan meneliti kembali senarai projek yang mengundang kesan buruk kepada rakyat.

“Kalau projek pembangunan itu memberi keuntungan kepada negeri dan rakyat, sudah pasti kita akan teruskan.

“Jika memberi impak negatif kepada rakyat, jadi kita akan menilai semula,” ujarnya pada sidang media pertama beliau di Ayer Keroh semalam.

Ditanya tentang proses semak imbang di bawah kerajaan negeri sekarang, beliau berkata, hal tersebut pasti berlaku.

“Dalam sistem demokrasi, semak dan imbang itu penting. Kalau kita lihat dengan majoriti mudah, tanggung jawab PH cukup besar.

“Saya mengambil ini sebagai satu yang cukup positif termasuk Exco dan kepimpinan.

“Semak dan imbang itu pasti berlaku dan mata yang melihat corak kepimpinan dan tindakan. Itu satu yang cukup positif,” kata Pengerusi PH Melaka itu lagi.

Adly, 47, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ialah Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH.

PH Melaka membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 15 daripada 28 kerusi Dun yang ditandingi, 9 Mei lalu.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS