Projek ECRL lebih kritikal patut dibatalkan, gesa Pemuda AMANAH

Projek ECRL lebih kritikal patut dibatalkan, gesa Pemuda AMANAH

Faiz Fadzil 2

Kerajaan Malaysia perlu membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 billion selepas membatalkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada Isnin.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional (AMANAH) Faiz Fadzil berkata, ECRL jauh lebih kritikal daripada projek HSR kerana bukan sahaja kosnya yang terlalu tinggi, tetapi juga ia melibatkan pinjaman China.

“Beban pinjaman ini akan ditanggung oleh rakyat terutama anak muda dan generasi yang akan datang.

“Tambahan pula, projek mega ini didakwa melebihi kos asal yang dianggarkan sekitar RM30 billion.

“Pemuda AMANAH memandang serius dakwaan sebelum ini bahawa lebihan kos projek ini akan dilencongkan bagi tujuan tertentu termasuk membayar hutang 1MDB.

“Jika benar dakwaan ini, ia menimbulkan inferens munasabah bahawa wujudnya unsur-unsur fraud atau kontrak tidak sah yang mewajarkan pembatalan di sisi undang-undang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Pemuda AMANAH juga mendesak siasatan rapi diambil kerajaan bagi menyiasat kebenaran dakwaan ini agar siasatan skandal 1MDB dilakukan sehingga ke akar umbi.

Faiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permatan Pasir berkata, Walaupun terdapat laporan yang mengatakan hampir RM13billion telah dibayar, namun ia tidak menghalang pembatalan projek ini dibuat memandangkan penerusan projek ini akan menyebabkan mudarat yang lebih teruk berbanding pembatalan.

“Ini adalah kerana terma pembayaran RM13 billion tersebut boleh dirunding semula dan berkemungkinan tidak perlu ditanggung oleh kerajaan jika benar projek ini dicemari unsur fraud atau kontrak tidak sah mengikut prinsip undang-undang kontrak.
“Meneruskan projek ini bererti rakyat akan menanggung pinjaman sebanyak RM55 billion sedangkan menurut pendapat Prof Dr Jomo Sundaram bahawa projek ini tidak menguntungkan dan berdaya maju.

“Pilihan yang perlu dibuat adalah berpremiskan prinsip memilih mudarat yang lebih kecil.

“Di samping itu, projek ini juga tidak mendatangkan keuntungan kepada golongan muda negara ini kerana peluang pekerjaan dalam projek ini tidak dinikmati warga tempatan, tetapi warga China,” ujarnya.

Katanya lagin pembatalan projek ini begitu penting di mana wang negara boleh dijimatkan bagi digunakan kepada polisi yang boleh menambah peluang pekerjaan baik kepada golongan mahir dan bukan mahir.

“Dasar kerja adil, gaji adil dan hidup adil perlulah dilaksanakan seberapa cepat yang mungkin demi kesejahteraan kehidupan anak muda negara ini,” ujarnya.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS