Projek Hospital Pendang akan dilaksana melalui peruntukan kementerian kesihatan

Projek Hospital  Pendang akan dilaksana melalui peruntukan kementerian kesihatan

Projek Hospital Pendang yang telah tertangguh sejak zaman pemerintahan BN lagi, akan diteruskan melalui peruntukan Kementerian Kesihatan, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata,  selain dari projek hospital tersebut, kerajaan negeri akan membuka pusat haemodialisis bagi meringankan beban rakyat yang kurang mampu.

“Selain itu bagi meringankan beban pesakit kronik, kerajaan negeri turut memperkenalkan Tabung Pesakit Kronik sejumlah RM500 ribu sebagai permulaan.

“Pusat Pakar Kanser sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan bagi wilayah utara akan diwujudkan di Sungei Petani.

“Manakala bagi projek pembangunan sosial pula sejumlah RM19.9 juta telah disediakan, ” ujarnya ketika pembentangan Bajet 2019 baru-baru ini.

Beliau juga berkata, pembangunan sosial tersebut merangkumi projek kecil kemajuan bandar, projek pembangunan masyarakat, projek basmi kemiskinan dan projek peningkatan pendapatan dan kemakmuran rakyat.

“Sebanyak RM2.5 juta pula disediakan bagi pendidikan dan latihan termasuk meningkatkan kualiti tenaga kerja mahir bagi kejuruteraan kimia serta kerja berpendapatan tinggi.

“Disamping itu perntukan tersebut turut merangkumi dasar nasional industri 4.0 dan projek perintis kelas pintar bagi sekolah terpilih untuk anak Kedah mempelajari revolusi industri tersebut.

Loading...

“Sementara itu Universiti Utara Malaysia akan dijadikan ‘pilot spot IR 4.0’ dan pengaplikasian IR.40, ” tambahnya lagi.

Tegas beliau lagi bagi pemerkasaan wanita kerajaan negeri turut memperuntukan sejumlah RM200 ribu bagi pembinaan pusat jagaan bayi dalam bajet tahun hadapan.