Projek kulat Wanita Amanah bantu jana ekonomi

Projek kulat Wanita Amanah bantu jana ekonomi

 

Bagi membantu surirumah, ibu tunggal dan keluarga miskin menjana pendapatan tambahan, Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kawasan Kubang Kerian merancang membina rangkaian pengeluaran kulat.

Norashidah Jaafar“Satu kursus dengan kerjasama koperasi Pelangi Jaya Kelantan akan diadakan pada Sabtu 18 Mac ini di Wisma Tok Guru Salor,” kata pengarah projek berkenaan Norashidah Jaafar.

Melalui program ini para peserta dikehendaki menyediakan tapak di sekitar rumah masing-masing untuk mengeluarkan kulat jenis “sisir” dan “milky”.

“Penanaman kulat tidak memerlukan kawasan yang luas, hanya perlu membuat bangsal kecil di halaman rumah.

“Dua jenis kulat yang dicadangkan ini belum diusahakan secara meluas oleh pengeluar tempatan sedangkan permintaan terhadapnya cukup tinggi,” katanya.

Peserta yang hadir pada kursus itu nanti akan diberi pendedahan tentang kaedah penyelenggaraan projek kulat ini secara terperinci oleh konsultan bertauliah.

“Bagi peserta yang termasuk dalam golongan asnaf mereka tidak akan dikenakan apa-apa bayaran kerana telah ada penyumbang yang akan membiayai golongan ini.

“Bagi peserta biasa bayaran RM10 dikenakan dan sekiranya mereka mahu terus melaksanakan projek sebaik selesai kursus, pihak koperasi menyediakan bongkah kulat yang dijual dengan harga RM5 setiap unit,” katanya.kulat sisir

Pasaran kulat di negara ini amat tinggi dan sekiranya pengusaha-pengusaha yang dilatih tidak dapat mencari pasaran sendiri, pihak koperasi bersedia untuk memasarkan kulat yang dihasilkan oleh anggota rangkaian ini

.”Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi Siti Maisarah di talian 011 3919 7177,” katanya.

Kursus penanaman kulat di Wisma Tok Guru ini dijangka dirasmikan oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa.

TAGS