Bina litar lumba motosikal: MB Kedah perlu dedahkan kontraktor dilantik

Bina litar lumba motosikal: MB Kedah perlu dedahkan kontraktor dilantik

Kerajaan Negeri Kedah diminta untuk menjelaskan sama ada Perbadanan Menteri Besar Kedah Darul Aman (PMB Kedah) dan Sepang International Circuit (SIC) masih terlibat dalam projek pembinaan litar lumba motosikal yang akan dibina di Sungai Petani kelak.

Kerajaan Negeri Kedah diminta untuk menjelaskan sama ada Perbadanan Menteri Besar Kedah  (PMB Kedah) dan Sepang International Circuit (SIC) masih terlibat dalam projek pembinaan litar lumba motosikal yang akan dibina di Sungai Petani kelak.

Ini kerana pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 12 Februari lalu, meluluskan peruntukan sejumlah RM30juta kepada kerajaan negeri Kedah bagi pembinaan litar lumba motosikal, dipertikai  sesawang Mukhriz Mahathir FC (MMFC).

Dalam kenyataan itu, MMFC mendedahkan ketika Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar (MB), kerajaan pusat tidak mempunyai dana untuk mengotakan janji pilihanraya setelah kerajaan Kedah berjaya dirampas daripada Pakatan Rakyat.

“Semasa PRU 13,Perdana Menteri telah berjanji,sekiranya BN menang sebuah litar lumba akan dibina khusus untuk mereka.

“Setelah BN menang maka bermulalah kerja MB ketika itu, untuk merialisasikan sebuah litar lumba di Kedah.Tapak di Sungai Petani telah dikenalpasti. Kolaborasi MB Inc (dulu dikenali PMB Kedah) dengan SIC dimeterai.

“Permohonan peruntukkan sebanyak RM70juta kepada Perdana Menteri juga dibuat secara rasmi,” ujar kenyataan itu seperti dipetik.

Peruntukan sebanyak RM70juta itu bagi tujuan mahukan sebuah litar bertaraf antarabangsa dengan mengunakan teknologi dari Jepun dan lakaran litar lumba itu telah dibuat di London.

Dijangkakan pertukaran teknologi akan berlaku antara negara manakala ketika itu MBI merancang melantik kontraktor tempatan untuk bekerjasama membinanya.

“Tiba-tiba MB (Mukhriz) dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan bahawa litar lumba di Kedah tidak dapat dibina kerana tiada peruntukkan.

“Tetapi boleh dibina sekiranya MB boleh bersetuju mengunakan saja wang pampasan Kerajaan Pusat yang perlu dibayar kepada Kerajaan Negeri di atas kelulusan pembinanaan projek hotel St’ Regis di Langkawi.Jumlahnya hanya RM30 juta.

“Untuk tujuan itu,wang itu boleh disalurkan kepada Kementerian Belia dan Sukan.Tender akan dibuka.Lakaran seni litar bakal dibuat oleh JKR.

“Maka MB tidak bersetuju,” dedah kenyataan itu.

Ini kerana janji Kerajaan Pusat membina litar lumba dan membayar pampasan kepada Kerajaan Negeri kerana membina hotel St’ Regis di Langkawi adalah dua perkara yang berbeza.

Kenyataan itu menyebut apabila berlaku krisis kepimpinan di Kedah membabitkan penyingkiran Mukhriz dan diganti Ahmad Bashah yang
dakwanya tidak dekat di hati anak muda Kedah.

Justeru dengan pengumuman Najib, portal itu mempertikaikan sama ada SIC dan MB Inc akan terlibat dalam pembinaan litar lumba itu.

“Adakah SIC akan telibat atau ada kroni-kroni di pejabat MB yang bakal buat untung, apabila projek itu bermula nanti?,” soal kenyataan itu lagi.

Pada 12 Februari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi membina litar lumba di negeri ini seperti yang dijanjikan Barisan Nasional (BN) dalam manifesto pada pilihan raya umum lalu.

“Saya nak sahkan bahawa atas permintaan kerajaan negeri, saya luluskan peruntukan RM30 juta untuk kita dirikan litar lumba di Sungai Petani.


“Semua ini dilakukan untuk orang muda di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sudah minta saya lancarkan litar lumba itu tak lama lagi dan InsyaAllah tarikhnya akan kita tetapkan kerana janji yang dibuat, akan kami tepati,”
katanya.

Sebagai rekod pada Okober 2014, PMB Kedah menandatangani perjanjian kerjasama dengan SIC bagi pembangunan Litar Lumba Motosikal di Kedah.

Perjanjian berkenaan antara lain menjadikan SIC sebagai penasihat teknikal bagi pelaksanaan pembangunan Litar Kedah selain bertanggungjawab sebagai penasihat pengurusan selepas ia siap kelak.

Mukhriz Mahathir ketika itu berkata, pembinaan litar lumba berkenaan dijangka akan menghasilkan peluang kerja kepada penduduk tempatan dan merancakkan ekonomi setempat melalui pelbagai program permotoran yang dianjurkan.

Selain itu, ia juga dijangka menjadi platform sukan permotoran yang lebih selamat dan mengekang perlumbaan jalanan yang dianjurkan secara tidak sah.

Pembinaan Litar Kedah dijangka membuka peluang bagi Kedah sebagai hab sukan bermotor di wilayah utara.

KENANGAN: Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua dari kanan) ketika menjadi saksi perjanjian antara SCI dan PMB Kedah untuk membina litar lumba motosikal di Sungai Petani dalam satu majlis  MOU pada 2014.

 

 

TAGS