Malaysia Dateline

Projek persekutuan di Sarawak tetap akan diteruskan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek-projek Persekutuan di Sarawak akan diteruskan tanpa mengira kerajaan yang memerintah negeri ini.

Beliau berkata, bagi Kerajaan Persekutuan, Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan pembangunan negeri ini adalah tanggungjawab Putrajaya.

“Sudah tentu kami lebih suka dengan sebuah kerajaan yang mesra, dari parti yang sama dengan Kerajaan Persekutuan (Pakatan Harapan).

“Tetapi sama ada ia kerajaan yang berbeza atau sama, projek Persekutuan di Sarawak akan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup mengenai kemajuan projek Persekutuan di Sarawak di sini hari ini.

Ditanya mengenai Kerajaan Negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS) menawarkan RM1 bilion untuk digunakan bagi membina semula sekolah yang uzur di negeri ini, beliau berkata ia satu pinjaman.

— BERNAMA