Projek PRIMA Batu Rakit lengkap bilik urus jenazah

Projek PRIMA Batu Rakit lengkap bilik urus jenazah

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, projek Perumahan PRIMA di Pantai Batu Rakit, Terengganu telah mencapai kemajuan 41 peratus daripada tujuh projek itu yang telah dirancang di negeri tersebut.

Menurutnya, projek yang disasarkan siap pada Jun 2020 itu mempunyai harga yang amat menarik di antara RM195,000 hingga RM241,000 dengan keluasan 850 kaki persegi di lokasi tepi pantai yang amat indah.

Jelasnya, projek yang menawarkan 350 unit itu mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air.

“Antara kemudahan disediakan ialah surau di tepi pantai dengan bilik pengurusan jenazah dan dewan komuniti untuk muatan 200 orang.

“Sebuah pusat asuhan untuk anak anak kecil juga disediakan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Raja Kamarul melawat tapak projek tersebut bagi memastikan target tarikh siap dapat dicapai.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) ingin memastikan kediaman kategori mampu milik juga akan memberi kemudahan sosial dan komuniti yang berkualiti tinggi baik bagi mereka yang memiliki rumah kos sederhana ataupun rendah.

Sehubungan itu, tambahnya, kajian impak sosial (SIA) akan dilakukan untuk projek-projek yang dirancang.

Loading...