Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Projek PSR: Kerajaan P.Pinang jamin jaga kebajikan nelayan

Projek PSR: Kerajaan P.Pinang jamin jaga kebajikan nelayan

BernamaJuly 12, 2019 6:03 pm




Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi jaminan kebajikan para nelayan tidak akan dipinggirkan apabila projek tambak laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) dilaksanakan kelak.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pihak nelayan masih boleh pergi ke laut semasa projek PSR sedang dijalankan dan mereka serta ahli keluarga akan diberikan peluang pekerjaan menerusi projek tersebut.

“Saya percaya proses mendengar pandangan, proses membantah pun sudah berjalan beberapa tahun sebelum ini dan memandangkan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sudah pun diluluskan maka peringkat yang seterusnya adalah merancang bagaimana melaksanakan projek ini.

“Satu daripada perkara yang perlu ditangani adalah berhubung impak kepada para nelayan dan satu lagi isu yang perlu ditangani adalah menimbangkan tuntutan bayaran sagu hati. Ini memang sebahagian daripada proses sepertimana projek-projek lain sebelum ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata pihak Persatuan Nelayan Pulau Pinang turut mengemukakan satu kertas cadangan yang mengandungi beberapa tuntutan kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan antaranya pemberian bot transformasi moden kepada tekong, keutamaan pemilikan rumah kos rendah kepada awak-awak dan pembinaan jeti pematuhan keselamatan.

Chow berkata kerajaan negeri akan meneliti kesemua tuntutan yang dikemukakan dengan mendapatkan nasihat daripada agensi berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia selain mengadakan rundingan dengan pihak terbabit.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan merujuk skim sagu hati yang dibayar kepada pihak nelayan yang menerima impak daripada projek-projek lain sebelum ini sebagai rujukan sebelum membuat keputusan muktamad.

“Sebenarnya tidak ada sebiji rumah pun yang akan menerima impak daripada projek ini. PSR bukan satu projek pembangunan rumah atau komersial yang kampung nelayan perlu dirobohkan dan membina bangunan baharu. Aktiviti tambakan berlaku di laut dan tidak termasuk kawasan kampung nelayan. Sepatutnya mereka boleh kekal di tempat itu.

“Tetapi mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan untuk tawarkan rumah supaya mereka dapat membeli ataupun menyewa di bawah skim sewa beli. Semua akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pimpinan Exco Dr Afif Bahardin yang mendapat nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) dari semasa ke semasa,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan akan melakukan kajian terhadap dakwaan beberapa pihak mengenai projek PSR yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada kehidupan nelayan dan alam sekitar, Chow berkata pihaknya bersedia untuk memberi taklimat kepada mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri berhubung projek berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif yang turut hadir pada sidang media itu berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat bersama wakil Persatuan Nelayan Pulau Pinang untuk membincangkan mengenai tuntutan pampasan pada September ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu yang ditubuhkan sejak projek PSR mula dirancang beberapa tahun lepas telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk menyediakan pusat sehenti untuk semua nelayan dan orang awam mendapatkan maklumat projek berkenaan.

“Mesyuarat Exco telah mengarahkan saya untuk memulakan proses rundingan dan perbincangan bersama para nelayan. Pihak jawatankuasa juga sudah mula membincangkan tentang model, sagu hati atau apa sahaja tuntutan yang telah dikemukakan oleh nelayan.

“Kami perlukan sedikit masa untuk buat persediaan bagi mengkaji semua opsyen dan pilihan yang ada dari segi bagaimana sagu hati atau tuntutan yang dikemukakan itu untuk kami penuhi dan kami lihat tawaran yang kami boleh berikan,” katanya.

Kerajaan Negeri bercadang menebus guna 1,821.085 hektar kawasan laut bagi membina tiga pulau buatan merentang dari selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke arah timur sekitar Permatang Damar Laut.

Projek PSR dicadangkan bertujuan mewujudkan bank tanah untuk membiayai projek PTMP Pulau Pinang. Difahamkan jangka masa projek tebus guna adalah selama 15 tahun dan keseluruhan projek dijangka siap antara 30 dan 50 tahun.

Kerajaan Pulau Pinang telah menerima kelulusan laporan EIA bagi projek PSR daripada Jabatan Alam Sekitar pada 4 Julai lepas.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Paksaan, sengketa dan agenda Islam yang terpesong

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production