Malaysia Dateline

Projek tambakan laut: Kerajaan P. Pinang belum muktamadkan pampasan nelayan

Kerajaan negeri Pulau Pinang belum lagi memuktamadkan pampasan yang akan diberikan kepada nelayan pantai yang akan terjejas ekoran projek tambakan laut atau ‘Penang South Reclamation’ (PSR) di kawasan perairan selatan negeri itu, kata Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, walaupun terdapat beberapa pertubuhan NGO nelayan yang membantah projek PSR ttersebut oleh para nelayan Pulau Pinang kerana mereka menuntut pampasan dalam bentuk barang kelengkapan termasuk enjin dan bukannya dalam bentuk kewangan.

“Para nelayan tidak menyentuh mengenai pampasan tunai atau dalam bentuk wang ringgit, namun begitu mereka inginkan pampasan dalam bentuk kelengkapan bagi meneruskan kerja penangkapan ikan.

“Sebenarnya bentuk pampasan yang dicadangkan adalah lebih besar dari apa yang ada pada pihak kerajaan negeri.

“Isu melibatkan pampasan bukannya suatu perkara yang mudah untuk diselesaikan kerana ia turut membabitkan beberapa siri perbincangan yang harus diadakan terlebih dahulu, ” ujarnya.

BACA:Demo bantahan projek tambakan 

Katanya bantahan yang turut melibatkan nelayan pantai negeri Perak membabitkan projek tambakan laut tersebut adalah kerana kerja-kerja penambakan juga melibatkan angkutan tanah dari negeri tersebut.

Baru-baru ini 52 NGO Pulau Pinang turut mengambil inisiatif menghantar memorandum bantahan projek tersebut kepada Perdana Menteri ekoran kebimbangan mereka terhadap kesan-kesan negatif yang bakal dihadapi..

Bantahan tersebut juga memohon supaya kerajaan pusat membatalkan projek tambakan laut di perairan selatan negeri Pulau Pinang kerana impak negatif tersebut bukan sahaja bakal dihadapi oleh penduduk Pulau Pinang tetapi juga penduduk negeri Kedah dan juga Perak.

Ia nya didakwa akan memusnahkan kawasan yang terkaya dengan sumber perikanan serta mengancam kehidupan 4817 nelayan.

Hari ini bantahan sama juga diadakan yang digerakkan oleh Jawatankuasa Pemandu Penang Forum yang mengadakan demontrasi di hadapan bangunan Parlimen disertai lebih kurang 100 nelayan dan aktivis alam sekitar dari Perak dan Pulau Pinang.