Projek TRX diteruskan, elak kerugian lebih besar

Projek TRX diteruskan, elak kerugian lebih besar

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan bahawa projek Tun Razak Exchange (TRX) perlu diteruskan bagi mengelakkan kerajaan menanggung lebih banyak kerugian.

Sehubungan itu kata Lim, kerajaan akan menyuntik RM2.8 bilion ke dalam projek berkenaan bagi memastikan ia dapat disiapkan.

Jelas beliau lagi, hal ini adalah lebih baik daripada ia menjadi projek terbengkalai besar di tengah Kuala Lumpur.

“Ia juga bagi mengelakkan pembayaran RM3.51 bilion sebagai pampasan jika projek itu dihentikan,” kata beliau.

Tambah beliau, RM2.8 bilion disuntik ke atas lebih RM3,668 juta yang dipindahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada pemilik projek sejak 2012.

Daripada jumlah tersebut kata Lim, RM3 bilion telah disalahgunakan oleh 1MDB, terutama untuk membayar balik pinjaman.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 9.0
CATEGORIES
TAGS