Proklamasi Darurat tamat, pembatalan ordinan oleh YDPA tidak berbangkit, kata Mahiaddin

Oleh NASUHA RAHMAN

Proses pembatalan Ordinan Darurat oleh YDPA seperti mana yang dipersembahkan oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai tidak dapat disempurnakan, demikian menurut Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

Kata beliau, berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021 berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan pembatalan ordinan-ordinan oleh YDPA tidak lagi berbangkit.

“Selaras dengan titah pandangan YDPA dan peruntukan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan suatu usul untuk membahaskan dan seterusnya mengungkaikan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September 2021,” katanya.

Beliau berkata, usul ini yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatan ordinan-ordinan darurat secara harmoni dan berpelembagaan.

Terdahulu, sidang Parlimen kecoh apabila Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan memaklumkan kesemua ordinan darurat telah batal 21 Julai lalu, ekoran itu pembangkang mempersoalkan pembatalan itu sama ada diperkenan oleh YDPA atau tidak.

Justeru Istana Negara mengeluarkan rasa dukacita dan menjelaskan baginda tidak memperkenankan ordinan itu dibatalkan dan perlu dirungkai di Parlimen.

Baginda menyifat menteri berkenaan telah mengelirukan dewan bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mempertahankan tindakan mereka sebagai teratur dan selaras dengan undang-undang serta perlembagaan.