Proton perlu rakan teknikal untuk berdaya saing

Proton perlu rakan teknikal untuk berdaya saing

Polemik berkaitan syarikat automotif dari negara China  dikhabarkan akan membeli 51% pegangan saham Proton Holding Berhad adalah sebagai rakan teknikal bertujuan untuk menjadikan syarikat automotif nasional itu lebih berdaya saing.

Tun Faisal Ismail AzizPolemik berkaitan syarikat automotif dari negara China akan membeli 51% pegangan saham Proton Holding Berhad adalah sebagai rakan teknikal bertujuan untuk menjadikan syarikat automotif nasional itu lebih berdaya saing.

Pandangan ini dilontarkan Panel Pemikir Jasa Tun Faisal Ismail Aziz yang berkata, Proton sebagai sebuah syarikat swasta yang mana kerajaan sebelum ini telah “bail-out” Proton dengan memberi pinjaman tunai berjumlah RM 1.5 billion untuk membayar hutang Proton kepada vendor.

“Proton adalah syarikat swasta, bukan syarikat kerajaan. Bagi menjadikan Proton lebih berdaya saing, Proton kena cari rakan teknikal. Carila sesiapa pun. Proton yang perlu cari dan buat keputusan siapa rakan teknikal mereka. Bukan keputusan Kerajaan pun.

“Jika Proton gagal untuk membayar balik pinjaman berkenaan, Kerajaan Persekutuan boleh menukarkan “preference shares” yang dipegang oleh Kerajaan Malaysia sebagai jaminan pinjaman RM 1.5 billion berkenaan untuk mengambil alih Proton daripada DRB-HICOM,” ujarnya.

Beliau mengulas baru-baru ini Bloomberg melaporkan pembuat kereta nasional Proton Holdings Bhd bercadang melepaskan 51 peratus pegangannya sebagai sebahagian strategi mendapatkan rakan niaga asing dan menjana aliran tunai dalam keadaan ekonomi tidak stabil.

Memetik sumber, media perniagaan itu berkata Proton sedang melihat kemungkinan mendapatkan pelaburan Skoda milik Volkswagen AG dan Suzuki Motors Corp, selain meneliti cadangan daripada beberapa syarikat termasuk Renault SA dan Peugeot, dalam rundingan tertutup berasingan.

Bagaimanapun ia menjadi viral apabila sebuah laman facebook Mahathir The Legend pula mengatakan saham Proton itu akan diserahkan kepada sebuah syarikat automotif Geely dari China yang akan membeli 51% pegangan di Tanjung Malim Plant yang diluluskan kerajaan Malaysia.

Justeru kata Tun Faisal Ismail lagi, pinjaman Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah bertujuan untuk memastikan vendor Proton tidak gulung tikar atau muflis akibat dari kegagalan Proton melunaskan hutangnya kepada vendor terlibat.

“Salah satu syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah untuk mencari rakan teknikal yang sesuai bagi memulihkan perniagaan Proton.

“Tidak sepatutnya timbul sebarang persoalan atau dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia “menjual” pegangan dalam Proton kepada syarikat asing, khasnya dari China.

“Ini adalah kerana jemputan atau tawaran kepada pihak yang berminat untuk menjadi ‘rakan teknikal’ Proton dibuat oleh DRB-HICOM,” terangnya.

Untuk rekod Proton Holdings Berhad adalah sebuah syarikat milik DRB-Hicom. DRB-Hicom pula adalah syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari seorang billionaire dan individu antara 10 terkaya di Malaysia.

DRB-HICOM telah mengambil alih pegangan dalam Proton daripada Khazanah setelah mereka berjaya menewaskan bidaan Kumpulan Naza.
Pengambil alihan oleh kumpulan DRB-HICOM milik Syed Mokhtar itu pada 2011/12 disokong oleh Tun Dr Mahathir, pencetus dan pengasas Proton.

DRB-HICOM telah melantik Dr Mahathir sebagai Pengerusi Proton. Mahathir bagaimanapun meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton semasa masalah kewangan pada kemuncaknya.

Proton telah memohon pertolongan kewangan (grant) daripada Kerajaan Malaysia dan telah diluluskan pinjaman sejumlah RM 1.5 billion untuk membayar hutang Proton kepada vendor-vendornya.

TAGS