Malaysia Dateline

PRU-15: AMANAH Perak bersedia berdepan Bersatu

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak bersedia berdepan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Naib Pengerusi AMANAH) Negeri Perak, Dr Muhaimin Sulam berkata, AMANAH Perak bersedia dengan sebarang kemungkinan yang merumuskan bahawa Bersatu akan meletakkan calonnya di 50 kerusi Parlimen pada PRU-15 nanti.

Katanya, sebahagian kerusi sasaran mereka terletak di Perak termasuk Parlimen Tambun yang kini disandang oleh Menteri Besar Negeri Perak.

“Bahkan, segala persediaan juga jika Bersatu Negeri Perak telah berhasrat meletakkan sasaran kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-15 nanti.

“… termasuklah di DUN Cenderiang serta bekas-bekas ADUN Bebas yang telah bersama Bersatu di DUN Sungai Manik, Tualang Sekah dan Kuala Kurau untuk di tawan pada PRU-15 serta jika ada lagi kerusi-kerusi DUN yang sedang dibincangkan oleh Bersatu bersama kompenan Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Tegas Dr Muhaimin, AMANAH Perak secara terbuka bersedia jika Pakatan Harapan (PH) Negeri Perak memberikan mandat meletakkan calon-calon dalam kalangan ahli AMANAH.

Ini jelasnya, termasuklah dengan jentera-jentera yang memfokuskan kemenangan agar PH akan kembali diberikan mandat oleh rakyat Perak khasnya untuk mentadbir semula Kerajaan Negeri Perak dan malah akan kembali semula di Putrajaya.