Malaysia Dateline

PRU 15: Pastikan BN tidak menang, lebih mudarat lagi bila kluster mahkamah diberi mandat

BN tidak boleh dibiarkan menang dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU 15) yang akan datang kerana ia akan membawa mudarat yang lebih besar apatah lagi mandat diberikan kepada kluster mahkamah.

Menurut Naib Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, BN bukan saja harus dipastikan tidak menang, tetapi juga tidak harus mencapai majoriti mudah sekalipun bagi membentuk kerajaan Pusat.

“Dalam erti kata lain, sekiranya BN menang PRU 15, sudah pasti kerosakan dan keburukannya amat besar dan yang penting ialah apabila menang PRU15, ia membawa makna mendapat mandat rakyat.

PRU 15: Pastikan BN tidak menang, lebih mudarat lagi bila kluster mahkamah diberi mandat
Naib Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria

“Kita jangan lupa bahawa Tun Mahathir turun takhta sebagai PM kerana sokongan kepada BN merosot semasa PRU dan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga turun takhta kerana sokongan kepada BN juga merosot semasa PRU ketika itu.

“Yang menjadi keutamaan kali ini ialah bagi memastikan BN tidak menang. Ini termasuklah mengatur strategi mahu pun penjajaran politik, asalkan matlamat menggagalkan BN menjadi realiti,” tegas beliau yang juga merupakan Ketua AMANAH kawasan Permatang Pauh.

Tambahnya lagi, lebih besar mudaratnya seandainya kluster kleptokrasi dan kluster mahkamah mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum ke 15.