Malaysia Dateline

PRU-15: Undi Pas bawa perpecahan umat

Pas perlu kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi mengamalkan sikap takfiri iaitu mudah menuduh orang lain keluar dari Islam yang memecah-belahkan masyarakat.

Naib Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria berkata, Pas juga harus sedar dengan pelbagai dakwaan salah mereka terhadap Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Dakwaan Pas bahawa PH gelap dan gugup kerana bersama dengan DAP dan adanya parti orang Melayu yang terdapat di dalamnya termasuklah puak tolak Islam, puak LGBT, komunis, pengkhianat, pemberi rasuah dan penerima rasuah kumpul bersama adalah menyimpang.

Dr Zaidi Zakaria

“Sebetulnya politik kafir-mengkafir Pas telah membawa kepada perpecahan umat. Pas sepatutnya menolak Umno kerana jenayah rasuah dan korup masih ada dalam Umno yang belum lagi selesai serta harus mereka sedari.

“Lebih menarik lagi apabila Pas kerap lupa, ketika hendak bersama Umno, mereka akan berkata bahawa sudah berlakunya anjakan paradigma.

“Sebaliknya, ketika tidak bersama Umno apakala gagal rundingan, mereka akan berubah dengan mendakwa Umno masih lagi rasuah,” jelas beliau yang juga merupakan Pengarah Komunikasi dan Penerangan PH Pulau Pinang.

Sejajar dengan itu tambahnya, dakwah terbaik bagi Pas ialah segera sedar dan kembali ke pangkal jalan, malahan Pas harus ditolak secara total dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Baca juga Untunglah haiwan ini! Hampir 13 hektar tanah atas nama dia

Baca juga ‘Kita pernah bagi penyamun jadi PM, kenapa kali ini tak boleh beri peluang kepada Anwar?’