Malaysia Dateline

PRU awal menyelesaikan segala kemelut

Cadangan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal adalah usaha yang terbaik seharusnya dilakukan bagi memastikan segala kemelut yang sedang berlaku dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Biro Amal Pulau Pinang, Andy Tan.

Jelasnya dengan apabila pilihan raya diadakan sudah pasti ia memberi banyak peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Malah katanya lagi, rakyatlah yang harus menentukan siapa yang mampu untuk menerajui kepimpinan negeri maupun negara.

“Oleh kerana itu beberapa proposal supaya pilihan raya umum diadakan lebih awal merupakan suatu tindakan yang mampu untuk menyelesaikan banyak permasalahan yang wujud.

“Sejajar dengan itu ianya harus diberi perhatian serius supaya rakyat dapat menilai sendiri siapa yang mereka inginkan bagi menerajui kepimpinan.

“Maka itu, segala usaha bagi menamatkan pelbagai prejudis adalah suatu tindakan yang baik kerana rakyat senantiasa mengharapkan nasib mereka senantiasa diberi pembelaan, ” ujarnya.

Tambah beliau lagi, rakyat sudah pasti sedang meneropong dan melihat setiap permasalahan yang wujud.

Justeru itu katanya, memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan dapat menyelesaikan semua masalah yang timbul bukan saja di peringkat negeri malah di peringkat nasional.

Yang pasti tegas beliau, kepentingan rakyat harus didahulukan oleh semua pihak daripada kepentingan individu.