Malaysia Dateline

PRU pada musim banjir, pengkhianatan baru Umno?

Jika Perlembagaan Persekutuan hanya ditafsir secara literal atau harfiyah seperti undang-undang lain, ramai pakar undang-undang habaq ia ibarat menjadikan perlembagaan itu seperti hanya sebuah kertas tisu.

Ya, jika perlembagaan ditafsir secara harfiyah, mungkin tidak salah untuk bubar Parlimen dan mengadakan PRU hatta di waktu perang apa lagi di waktu banjir, kerana tidak ada sebarang peruntukkan dalam Perlembagaan yang mungkin melarang perkara itu.

Presiden Umno dilapor berkata parti itu tidak ada masalah untuk berkempen PRU di musim banjir. Dia juga dilaporkan berkata hanya parti pembangkang yang takut jika PRU diadakan pada musim banjir.

Hujah Presiden Umno itu seolah-olah dia merasakan PRU itu hanya terhad kepada isu kempen semata-mata.

Mungkin dia tak sedar kempen dalam PRU itu hanya sebahagian unsur yang terlalu kecil dari gambaran besar PRU itu sendiri.

Kempen dalam PRU ibarat hanya sebuah item kecil (katakan belacan) dari ribuan item lain yang dijual di dalam sebuah pasar raya yang mega.

Baiklah dia habaq pembangkang takut PRU di musim banjir, bagaimana pula dengan pelbagai suara NGO hatta Presiden Pas (parti dalam Gomen Tebuk Atap) yang juga menentang PRU di musim banjir?

Depa tu pembangkang juga ke wahai Presiden Umno?

Saya tak pasti apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Umno bila depa berkeras ingin juga buat PRU semasa musim banjir?

Mungkinlah Umno akan dituduh terlibat dengan pengkhianatan baru terhadap rakyat kerana cuba ingin menafikan atau paling kurang menyukarkan rakyat untuk mengundi?

Bukankah itu hak asasi rakyat yang wajar dihormati ?

Bukankah sebelum ini Umno juga sebahagian dari dalang utama yang terlibat menyokong dan merestui tindakan khianat suara dan mandat rakyat dalam PRU-14?

Adakah Umno dan khaianat berpisah tiada?

Cuma kali ini, saya rasa Umno mungkin tak sedar tindakan desperado depa itu mungkin secara tak langsung mengheret nama dan imej institusi Diraja kerana di bawah Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, YDPA mempunyai budi bicara untuk merestui pembubaran Parlimen?

Adakah Umno melakukan perkara itu?

Dari segi sejarah perundangan, suka tak suka, Umno tidak boleh habaq depa tak pernah ada sejarah hitam dengan institusi Diraja .

May common sense prevail.

Baca juga: ‘Dia mangsa culik kot!’, netizen berang ada individu persenda gambar sebenar Azi yang diculik ke Thailand

Baca juga: Tembak gas pemedih mata dalam stadium Ketua Polis Malang dipecat, 9 pegawai digantung tugas