PRU14: Berpolitik dengan etika, kata Prof Agus

 

Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusuf menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang merujuk kepada pengundi Pas akan menyesal jika Pakatan Harapan (PH) kalah dan akan dibenci rakan-rakan kerana menjadi tali hayat Barisan Nasional (BN).

Beliau dalam kenyataan di laman facebook hari ini menjelaskan kenyataan sebenar beliau.

Menurutnya kenyataan beliau adalah Pilihan Raya Umum ke-14 akan hanya menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PH.

Keduanya Pas adalah parti yang akan kalah teruk dalam PRu akan datang dan ketiganya kerajaan Pas akan jatuh di Kelantan.

“Alasan kenapa saya berpandangan sedemikian telah saya hujahkan dalam kenyataan saya sebelum ini.

“Tetapi, untuk saya memburukkan peribadi pemimpin, melibatkan pencen dan lainnya, itu bukanlah sesuatu yang saya akan sebut dan nyatakan.

“Saya telah banyak kali berpesan, beretikalah dalam berpolitik.

“Pandangan saya betul pada hemat saya dan mungkin salah pada hemat yang lain.

“Tak mengapalah jika kita berbeza pandangan, tetapi janganlah sampai kita mereka cerita dan menabur fitnah.

“Moga PRU berjalan dengan baik, dan 9 Mei ini, kita tunggulah keputusannya,” ujarnya.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote