PRU14 pilihan terakhir untuk tumbangkan kerajaan kleptokrat

PRU14 pilihan terakhir untuk tumbangkan kerajaan kleptokrat

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat negara ini agar menggunakan sepenuhnya peluang menukar kerajaan sedia ada, iaitu melalui proses undi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Sehubungan itu beliau meminta mereka yang layak mengundi supaya keluar beramai-ramai pada hari mengundi pada PRU14 ini.

“Keluar beramai-ramai, kita mahu sekurang-kurangnya 85 peratus pengundi keluar mengundi pada PRU14 ini. Undi PH, tumbangkan kerajaan kleptokrat,” kata Tun Mahathir di hadapan ribuan warga Temerloh dalam program Jelajah Peneroka PH di Kampung Chengal, Temerloh, Pahang malam tadi.

Beliau memberi ingatan, sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dianggap kleptokrat terbesar ini gagal ditumbangkan pada PRU14 ini, maka PRU15, PRU15 dan seterusnya tidak mempunyai makna apa-apa lagi dan demokrasi negara ini akan mati.

Katanya, jika Najib menang PRU14 ini, demokrasi tidak akan ada lagi, dan beliau (Najib) akan bebas berbuat apa sahaja untuk terus mengekalkan kuasanya.

Selain itu Tun Mahathir juga mengingatkan pengundi bahawa pembangkang perlu menang besar pada PRU14 ini untuk mengambil alih pemerintahan dengan lancar.

“Kita perlu menang besar, kalau menang sikit-sikit, nanti Najib akan tipu,” kata beliau.

Turut sama dalam program malam tadi ialah Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Sekretariat PH, Saifuddin Abdullah, Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan pimpinan PH negeri.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya juga turut membuat seruan yang sama, meminta pengundi keluar beramai-ramai pada PRU14 ini.

Jumlah orang ramai yang hadir disifatkan terbesar setakat ini bagi program pembangkang di Temerloh, dan ia terdiri daripada pelbagai kaum.

Pada majlis malam tadi, Tun Mahathir menyatakan kekagumannya terhadap jumlah kehadiran orang ramai yang kata beliau, begitu luar biasa untuk program anjuran pembangkang di daerah itu.

“Untuk orang seramai ini, kalau BN tu, perlu beribu buah bas, angkut orang datang, bagi duit, bagi makan.

“Tapi untuk majlis ini, orang datang sendiri, ini baru orang Temerloh, belum semua orang Pahang lagi,” kata beliau.

Dalam ucapannya, Tun Mahathir turut mengajak orang ramai di daerah tersebut supaya turun berhimpun dalam program Himpunan Tangkap Pencuri di hadapan bangunan SOGO, di Kuala Lumpur pada Sabtu 14 April ini.

Menurut penganjur program malam tadi, jumlah orang ramai yang hadir disifatkan terbesar setakat ini bagi program pembangkang di Temerloh, dan ia terdiri daripada pelbagai kaum.

Jumlah kutipan sumbangan orang ramai diumumkan melebihi RM10,000.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS