PRU15: 20 Cawangan DAP tidak bersetuju jalin kerjasama dengan Bersatu, PN. 20 cawangan DAP di kawasan Parlimen Kuala Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Tanjung Karang termasuk Ahli Majlis Daerah dan Ketua Kampung menegaskan parti itu tidak boleh bekerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional.
Mereka menegaskan perkara itu semasa dalam majlis makan tengah hari bersama Ahli-ahli CEC DAP, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lin dan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng ketika bersama pemimpin dari cawangan terbabit sebagai persediaan meghadapi pilihan raya umum ke-15 nanti.

Terdahulu, DAP menutup pintu kerjasama dengan Bersatu dan Pas selepas tidak mempercayai kepemimpinan kedua-duanya yang didakwa bersikap ‘tikam belakang’ dan berdolak-dalik.
Bagi Lim Guan Eng DAP itu telah mengambil pendekatan tutup pintu untuk bekerjasama dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau menjadi salah seorang peneraju Langkah Sheraton.