PRU15 jadi topik mesyuarat Top 5 Umno hari ini

Oleh ARIF ATAN

Isu berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat membabitkan lima pemimpin tertinggi Umno atau dikenali ‘Top 5’.

Kelima-lima pemimpin Umno itu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn.

Gambar ‘Top 5’ itu dikongsikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga bekas Menteri Besar Johor menerusi Facebook.

Pertemuan Ismail itu berlangsung menjelang pembentangan Belanjawan 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober ini.

Baca juga Tanda semakin jelas Harapan akan dapat kepercayaan kembali dalam PRU 15

Baca juga Dibiarkan keseorangan, kanak-kanak hampir terjatuh eskalator sebelum diselamatkan