Malaysia Dateline

PRU15: Jangan tambah risiko mangsa banjir, fokus kami selamatkan mangsa ke tempat yang lebih selamat-Bomba

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berharap PRU 15 tidak diadakan ketika fasa monsun ini kerana ia akan menambahkan risiko keselamatan kepada mangsa banjir.

Bagi JBPM Fokus utama mereka ialah menyelamatkan mangsa banjir ke tempat selamat dan jika pada masa sama, mereka ini perlu bergerak pula untuk mengundi, ia meningkatkan risiko keselamatan.

Semua pihak harus memahami beban tugas anggota bomba yang bertambah jika diminta memobilasi pengundi termasuk dalam aspek syif dan beban cuti.

JBPM akui pelaksanaan PRU-15 pada fasa Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim banjir menyebabkan beban anggota penguat kuasa semakin bertambah dalam melancarkan operasi ketika bencana itu.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad, berharap PRU-15 ketika musim banjir perlu dielakkan kerana ia boleh menambah risiko yang perlu dihadapi dalam usaha menyelamat penduduk terbabit bencana berkenaan.

PRU15: Jangan tambah risiko mangsa banjir, fokus kami selamatkan mangsa ke tempat yang lebih selamat-Bomba

JBPM mempunyai 14,829 anggota membabitkan pegawai sepenuh masa dan pegawai bomba bantuan, 403 unit kenderaan marin, 127 unit kenderaan angkut berat dan 537 unit kenderaan angkut ringan yang akan digunakan bagi berdepan operasi banjir.

Pelaksanaan PRU-15 ketika fasa monsun ‘hampir’ pasti apatah lagi pembubaran Parlimen dijangka dibuat dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika PRU-15 tetap dilaksanakan pada musim banjir, JBPM meminta supaya penyelarasan membabitkan agensi berkaitan terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu dilakukan bagi membantu melancarkan sebarang operasi.

Katanya, perancangan teliti khususnya dalam aspek memobilasi pengundi ke tempat pengundian perlu dibuat bagi mengelak kejadian tidak diingini dan anggota JBPM bersedia membantu urusan itu jika diminta berbuat demikian.

“”Memang tugas utama kita bagi memindahkan dan menyelamatkan mangsa banjir ke kawasan selamat, namun jika SPR meminta JBPM membantu memobilasi pengundi ke pusat pengundian, penambahan tugas itu perlu digalas mereka,” katanya dipetik Bharian.

Setakat ini pihaknya dimaklumkan penyelarasan antara agensi belum dilaksanakan, malah SPR juga belum menghubungi JBPM bagi mendapatkan data berhubung kekuatan logistik sekiranya PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Baca juga: Cuaca sudah mula memburuk, hasrat Umno untuk adakan PRU-15 sebelum musim banjir sukar

Baca juga: Bantuan awal persekolahan naik, diberi kepada semua murid