Malaysia Dateline

PRU15: “Sabar! Selesai kes mahkamah dulu. Ke takut banyak skandal terdedah? Macam panik je,” balas netizen pada Zahid

Netizen meminta Presiden Umno Datuk Zahid Hamidi bersabar dalam mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri membubarkan parlimen bagi PRU15 disegerakan sehingga kes mahkamah selesai terlebih dahulu.

Dalam kenyataan Zahid Hamidi hari ini beliau memberikan kata dua sama ada PRU15 disegerakan atau Umno BN akan tewas pada PRU itu nanti.

Bagaimamanapun, rata-rata netizen memberi reaksi agar Zahid tidak terlalu mendesak Ismail untuk mengadakan PRU15 dalam masa terdekat ini.

“Sabar! Selesaikan kes mahkamah dulu, bila president dah bersih barulah rakyat yakin nk undi umno. Ke takut banyak lagi skandal terdedah. Mcm panik je,” komen Yusof Kassim.

“Bagi selesaikan kes mahkamah dulu baru senang nak pilihan raya,” komen Abd Jamil Alkedahi.

Ada yang menyifatkan jika kluster mahkamah tiada dalam senarai calon BN untuk PRU15, ia tidak akan menjadi halangan untuk BN menang sebaliknya jika Mat Sakau masih dicalonkan BN akan kalah.

PRU15 Sabar Selesai kes mahkamah dulu Ke takut banyak skandal terdedah Macam panik je balas netizen pada Zahid

“Klu kluster² tiada dlm calon BN nti, letak la tarikh bila² masa pun.. BN akan menang..BN akan gulung tikar klu mat sakau masih dicalonkan,” komen Shah Rnu.

“Tuan kena faham rakyat Malaysia tolak DS Najib dan DS Zahid Hamidi blok parti lain msih percaya kepada DS Ismail kerana sifar rasuah dan kebajikan.” komen Muhd Umar Syafiq.

PRU15 Sabar Selesai kes mahkamah dulu Ke takut banyak skandal terdedah Macam panik je balas netizen pada Zahid
PRU15 Sabar Selesai kes mahkamah dulu Ke takut banyak skandal terdedah Macam panik je balas netizen pada Zahid

Menurut Zahid, ketika ini pembangkang sedang menggunakan pelbagai persepsi untuk menggugat keyakinan akar umbi Umno BN.

“Isu yang dikemukakan pembangkang berbentuk serpihan dan tidak dilihat dari perspektif menyeluruh. Dengan kata lain, mereka serang, spin dan kemudian cuba cetuskan imej bahawa merekalah terbaik walaupun PH berkuasa 22 bulan membuktikan sebaliknya hingga PM mereka sendiri meletak jawatan apabila tahu manifesto mereka tak dapat ditunaikan.

PRU15 Sabar Selesai kes mahkamah dulu Ke takut banyak skandal terdedah Macam panik je balas netizen pada Zahid

“Pimpinan parti dan akar umbi Umno sangat yakin inilah waktu terbaik untuk menyegerakan PRU. Sudah banyak kali sudah dijelaskan justifikasi,” kata Zahid.

Zahid juga tidak mahu pembangkang terus menggunakan bulan-bulan terakhir sebelum bubar parlimen untuk menyerang BN.

“Apabila melengahkan PRU bermakna kita memberikan senjata kepada musuh untuk terus menyerang. Sebab itu, tidak ada satu pun pembangkang minta bubar Parlimen walaupun dahulu selalu memperlekeh kerajaan yang ada sekarang bukan mandat rakyat, kerajaan pintu belakang dan sebagainya.

“Kebimbangan pembangkang dapat dilihat apabila bekas Perdana Menteri PH terpaksa mengakui bahawa pendirian Umno yang mahukan PRU15 diadakan lebih awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi terhadap parti itu.

“Umno sudah membuat pendirian tersebut sudah lama pun. Kini terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti Umno.

“Segerakanlah atau Umno BN akan tewas PRU. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidaklah berguna,” kata Zahid.

Baca juga: Ramai lega ugutan bunuh terhadap Ketua Hakim Negara disiasat segera, hanya taktik tangguh bicara

Baca juga: Lumayan! Kerja sebagai pembantu jualan, rakyat Malaysia ditawar gaji RM10,000 sebulan