PRN Sarawak : DAP tawarkan calon wakil rakyat kaum Dayak

Parti Tindakan Demokratik (DAP) mahu melahirkan calon pilihan raya di kalangan kaum Dayak sebelum berlansungnya Pilihan raya Negeri Sarawak tahun hadapan.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook dipetik sebagai berkata pemimpin dan ahli DAP yang terdiri daripda kaum Cina teta akan mengekalkan ciri-ciri kepelbagaian dalam usaha ke arah sebuah parti yaang mewakili semua rakyat Malaysia.

“Hari ini, kita mempunyai wakil rakyat DAP daripada kaum Melayu, wakil rakyat kaum India yang bilangannya lebih ramai daripada MIC, wakil rakyat kaum Kadazan di Dean Undangan Negeri Sabah.

“Dan terkini kita harap dapat melahirkan wakil rakyat DAP daripada kaum Dayak pada Pilihan raya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Loke selaku Ahli Parlimen Seremban juga tidak menafikan, sokongan terhadap DAP selama ini adalah masyarakat Cina. Namun, DAP bukanlah sebuah parti Cina seperti yang ingin digambarkan oleh parti Melayu tertua Umno, sebaliknya beliau bertegas DAP sebuah parti untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Kita tidak akan berjuang untuk mana-mana kaum tertentu sahaja tetapi perjuangan politik kita menjangkaui batasan kaum, agama dan wilayah.

“Saya bangga kerana kepelbagaian kaum, bahasa, budaya dan agama yang wujud di Malaysia hari ini hasil perjuangan DAP untuk menentang dasar asimilasi yang cuba dilaksanakan Umno pada 1970-an dan 1980-an.

“Kepelbagaian dalam masyarakat majmuk merupakan satu kekuatan kepada Malaysia dan DAP sentiasa memperjuang dasar intergrasi dan bukannya asimilasi selama ini,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 DAP yang diadakan di Seremban baru-baru ini.

TAGS