Malaysia Dateline

PSB lapor polis pemalsuan tajuk berita

Penyokong Parti Sarawak Bersatu (PSB) bertindak membuat laporan polis berkaitan pemalsuan tajuk berita yang asalnya disiarkan di sebuah portal.

Pemalsuan tajuk berita tersebut adalah mengenai Presiden PSB, Dato Sri Wong Koh.

Ketua Penerangan Pemuda PSB Frankie Junau berkata, laporan telah dibuat di Balai Polis Sungai Maong, Kuching bagi meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan dalang di sebalik tangkap layar palsu disebarkan menerusi laman sosial baru-baru ini.

Katanya, tangkap layar dipalsukan itu ditulis ‘Wong Soon Koh: Dayaks are stupid with low IQ and easy to be manipulated’ sedangkan yang asalnya ialah ‘PSB backs Wong Soon Koh on whether to quit Sarawak Cabinet’.

Sementara Naib Presiden yang juga Ketua Pemuda PSB Dr Johnical Rayong Ngipa turut menyelar perbuatan memalsukan tajuk berita itu selain tidak dinafikan ia adalah bermotifkan politik untuk menjatuhkan PSB.

Jelasnya, PSB kini semakin kuat dan menerima banyak permohonan keahlian setiap hari dan pemalsuan tajuk berita berkenaan brrkemungkinan besar adalah mainan politik yang tidak baik.

“PSB telah mendapat sokongan yang kuat dari akar umbi bukan sahaja daripada komuniti Dayak tetapi penerimaan masyarakat lain seperti Cina dan Melayu,” ujarnya.

Jelasnya lagi, PSB turut mempunyai ahli yang ramai daripada golongan profesional Melayu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Engkilili menegaskan, sehingga kini di kawasannya dianggarkan hampir 6,000 ahli PSB setakat ini.