Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PSM dan NGO serah memorandum kepada Kedutaan AS

PSM dan NGO serah memorandum kepada Kedutaan AS

oleh AKMAL MANAFJanuary 10, 2020 6:08 pm




Kira-kira 50 orang hari ini berarak dari Masjid Tabung Haji menuju ke hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak sebagai bantahan kekejaman dilakukan negara itu terhadap Iran.

Antara pertubuhan yang terlibat adalah Parti Sosialis Malaysia (PSM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pemuda PSM dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Mereka mula berarak selepas solat Jumaat kira-kira jam 2 petang dan berhenti di seberang Bangunan Kedutaan AS untuk memulakan protes secara aman sekali gus menyerahkan memorandum kepada wakil di kedutaan berkenaan.

Pengerusi PSM yang juga penganjur program, Dr Michael Jeyakumar Devaraj menyifatkan, walaupun AS adalah kuasa besar ekonomi dunia, namun mereka tidak boleh berterusan melakukan kekejaman.

“Masyarakat dunia perlu menyuarakan pandangan mereka tentang isu yang sedang hangat ini.

“Tidak kiralah siapa kita, berlainanan agama, bangsa atau pun kaum, kita sebagai manusia kena bersuara ke atas isu kekejaman ini.

“Pendapat saya, perbezaan polisi dan politik dalam sesebuah negara itu bukanlah satu sebab yang membenarkan negara berkenaan untuk melawan negara lain.

“AS melawan Iran, Venezuela dan Cuba iaitu negara yang tidak akur dengan arahan mereka. Iran ini dia ada perancangan dan rentak mereka yang tersendiri, sebab itulah AS tidak boleh terima dan ia (tidak menerima) adalah sesuatu yang salah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai penyerahan memorandum kepada Kedutaan AS kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Ditanya adakah beliau yakin pihak AS akan mendengar mesej yang disampaikan menerusi memorandum itu, Dr Jeyakumar optimis mereka akan memberi perhatian terhadap surat yang diserahkan itu.

“Pendapat saya, mereka (pihak AS) akan mengambil maklum tentang perkara ini kerana isu pembunuhan pada masa kini adalah topik utama dalam dunia,” katanya.

Memetik laporan media tempatan, Komander tertinggi pasukan elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Qasem Soleimani terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di ibu kota Baghdad, Iraq pada pagi 3 Januari lalu.

IRGC dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Mejar Jeneral Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis meninggal dunia dalam serangan yang dilakukan oleh helikopter AS.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production