PSP tidak bantu rakyat, kerajaan digesa kajisemula pelaksanaan

PSP tidak bantu rakyat, kerajaan digesa kajisemula pelaksanaan

Program Subsidi Petrol (PSP) yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam, perlu dikaji semula dan mengambilkira kepentingan pengguna terutam adi kalangan M40 serta rakyat Sabah dan Sarawak.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tunan Ibrahim Tuan Man berkata,PSP tidak membantu rakyat menikmati harga petrol RON95 yang munasabah.

 Jelas beliau, harga RON95 pula tidak lagi dikekalkan pada kadar RM2.08 sen seliter dan ini akan menyebabkan harga petrol melonjak naik pada waktu tertentu, sekali gus memberi impak kepada kenaikan harga barang serta perkhidmatan lain.

“Semua pengguna RON95 akan menanggung kenaikan tersebut. Malah, jumlah subsidi RM1 sehari bagi penerima PSP tidak memberi kesan yang besar sekiranya harga melonjak naik.

“Isi rumah yang besar dengan pendapatan sebulan RM4,001 sehingga RM5,000 juga akan terbeban dengan kos sara hidup rakyat pada hari ini juga tidak menunjukkan penurunan, malah akan terus memangsakan majoriti rakyat,

“Keadaan ini akan terus memangsakan majoriti rakyat. Oleh sebab itu, PSP tidak menyelesaikan masalah utama tetapi hanya memberi jalan penyelesaian jangka pendek sahaja. ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pas juga mempersoalkan mengenai kontrak berjumlah RM25.03 juta yang dianugerahkan kepada GHL Transact Sdn Bhd pada Mac lalu.

“Apakah sistem perisian dan perkakasan yang dibangunkan untuk PSP ini?,” soal beliau.